Monday, May 08, 2006

MERENUNG...

LAST weekend memang busy….sejak jumaat hingga sabtu, aku ngan satu grup kat ofis ni, terpaksa….ye terpaksa sebab bukan kehendak sendiri melainkan dipilih sahaja…attended satu seminar yang mana fasilitator adalah presiden tempat kitorang keje….alamak…masa memula dapat tahu, 3 minggu lepas..macam-macam spekulasi yang kitaorang buat, maklum la presiden ni terkenal ngan perangai yang seperti cakap lepas, berkebolehan buat orang rasa cam kecik je..terutama masa meeting…sapa yang kena sabo tu…..memangggggg rasa cam nak nangis ler..suka sangat bagi statement yang boleh buat kita malu…..so 3 minggu sebelum weekend…kitorang dapat e-mel dari dia, alamak…..ada homework pulak….kena buat tetiap weekend sampai ler hari seminar…hampessss

So jumaat tu, semua orang cam berdebar-debar…apa la yang dia nak buat nih, sebelum ni kitaorang tak tahu apa-apa pun sebab takde maklumat langsung, selalunya sebelum pegi seminar akan ada program ke hapa kan..tapi yang nih, kalau ikut e-mel dia, bawak diri memasing, pakai seselesa yang boleh, dan bawak homework…tu je…

Selepas sabtu, baru la aku paham….kenapa dia beria-ia nak buat seminar ni, tempoh 2 hari dari pukul 8.53 pagi hari jumaat sampai la 6.30 petang hari sabtu betul-betul memberi kesedaran dan membuka minda 18 orang yang terlibat ni….banyak pengajaran..cukup untuk aku cakap, aku takde rasa marah kat orang IT tu lagi, tapi mungkin lepas ni, aku nak tanya dia…boleh tak dia kasik kelonggaran ber ym kat opis hehehe…cuba la kan..mana tau dia ok…

Sebenarnya, 2 hari tu bukan saja untuk dimanfaatkan ditempat keje…itu memang tujuan seminar tu la, tapi bagi aku, melihat kepada sesuatu yang lain dengan perspektif yang baru…jangan hanya memandang kepada luaran tanpa ada rasa ingin tahu sebaliknya…apa yang menyebabkan luarannya begitu…..sedih, ceria, positif atau negative..semua ada sebab yang tersirat dan tersurat….bergantung kepada kita untuk tafsir, dan jangan terlalu cepat membuat judgement atas setiap yang berlaku tanpa kita berfikir sejenak…kenapa ianya terjadi in a first place….mungkin ada yang berkata…semua orang dah besar panjang…dah boleh berfikir dengan waras….ya..itu yang sepatutnya..tapi kalau semua orang boleh, kenapa masih ada banyak peristiwa yang bila difikir…bagaimana seseorang yang mempunyai akal fikiran yang waras boleh melakukan banyak perbuatan yang sebaliknya…..renungkan ya…

Hati aku tersentuh dengan berita kematian seorang ibu muda yang ditikam ketika memberi minum anak kecil yang hanya tahu memanggil mama…..berat mata memandang…berat lagi bahu memikul….

No comments: