Thursday, June 01, 2006

SAMAN...

KERETA aku dah ala-ala dihujung nyawa sebab road tax dah hampir ke tarikh lupus hehehe…so aku (bukan aku sebenarnya…) dah suruh runner renew kan la road tax tu kan..tapi yang bestnya, runner tu cakap takleh sebab aku ada saman yang tak dijelaskan..alamak….ada saman pulak, tak ingat la pulak aku hehehe (buat-buat lupa pulak muahahaha…)..so semalam dalam proses berbaik baik ngan orang IT, aku saja la borak dengan dorang, tanya kat mana nak check saman bagai hehehe…dorang pun bukak satu website yang kita boleh check saman la….hmmmm check punya check, nama aku keluar dua saman hehehe…aku kena kat mana? Lerrrrrr….semua saman tu bukan aku punya melainkan orang yang pakai keta aku yang punya…hampessssss

Nak renew roadtax punya pasal, kena la aku ke trafik jalan Bandar hari ni, nasib baik pegi pagi, orang tak ramai…sampai kat kaunter, ada dua bahagian, satu semakan saman dan satu lagi kaunter bayaran….aku pun pegi la kat kaunter semakan sambil terus je cakap, saya dah semak saman…kena semak lagi sekali ke?...konfiden je hehehe..polis tu pun tanya kat mana semak, nasib baik aku bawak print out semakan, dia tengok, dia cakap..hmmm ini yang terbaru je, meh sini saya check kat system…check punya check….daripada 2 saman yang aku check tu rupanya aku ada 9 saman lagi muahahahaha…..dari tahun 2002…sampai aku tak ingat lagi no. kereta lama…siap suh polis tu check muahahaha…ada satu saman tu aku kena tahan polis sebab bawak laju, tapi aku boleh siap tak ngaku hahahahaha….dah dia cakap kat tempat yang aku tak penah pegi, rupa-rupanya highway yang menghala ke utara tu dikira dalam daerah situ, mana la aku tahu…gelak-gelak aku ngan polis tu, nasib baik polis tu mood baik hehehe…yang bestnyer…dia siap cakap kat aku, takpe bayar satu je yang penting sekali bayar yang aku kena tahan polis tu, yang lain-lain tak kisah nak bayar bebila..aik…boleh ekkk cam gitu, aku senyum je la, sambil tu siap cakap takde diskaun ke encik huhuhu…nak diskaun ke? dia tanya aku..pastu siap bagi lagi muahahaha….aku senyum lagi, kali ni aku cakap…saman yang lain-lain tu encik tak boleh kasi padam dalam system tu ke? Muahahahaha……sengih je la polis tu kat aku….

Moral of the story….sila bayar saman ye adik kakak dan abang sekalian, nanti nak renew road tax ke, lessen ke….baru la reti nak singgah jalan Bandar tu…aku pun pagi tadi sesat ntah kemana-mana sebelum dapat sampai ke situ hehehehe…

No comments: