Wednesday, July 19, 2006

HARGA KEMODENAN...

CUKUP – cukup la citer pasal siti kan, ada perkara lain lagi yang lebih penting….hari ni pun mode serius gak…aku nak citer pasal isu yang tengah hangat sekarang ni…mungkin hangat bagi mereka yang ambik tahu la kan…dan mungkin satu berita yang asing pada mereka yang tiada sifat peduli….citer yang terlahir dari rentetan kisah kes azlina jailani…ehhh sapa tu?..tak kenal pun..glemer cam siti nurhaliza ke?..hehehe…azlina ni atau nama lain lina joy..haaaa…glemer ngalahkan siti jugakla….tapi glemer kat mahkamah la…..

Tentu semua dah sedia maklum dengan kisah lina joy kan, so takyah citer bab tu, yang aku nak citer adalah susulan dari kes itu….apsal..apa yang berlaku?....haaa banyak perkara dan isu yang timbul dari situ, aku tak tahu la kalau ada orang yang tido tu, kalau tak bangun-bangun lagi tak tahu la…baik la mati daripada nyusahkan orang nak kena kejut….muahahaha…apa aku citer nih..korang kan pandai….baca apa yang tersirat ye….

Minggu lepas, kawan aku, lawyer….ada pegi perjumpaan peguam pembela islam…banyak isu yang dibangkitkan dalam perjumpaan itu…baru nampak ada bersatu sikit lawyer2 kat Malaysia ni, kalau tak tu asyik sibuk pikir hujah sendiri tanpa pikir implikasi…lega aku dengar sebab ada tindakan yang sedang diusahakan..harap akan direalisasi dengan jayanya….

Semalam, member kat opis ada bagi satu risalah bertajuk ‘usaha menjatuhkan martabat islam dan menggugat identiti bangsa’…dalam risalah tu ada pertanyaan..apa yang boleh anda lakukan?....apa yang anda boleh sumbangkan sebagai individu dan kelompok?...untuk informasi lebih lanjut sila ke sini atau sini. Tak cukup dengan itu, member aku ni juga sedang dalam proses mengumpulkan seberapa banyak tandatangan untuk menentang apa yang cuba dilakukan oleh golongan pro penubuhan IFC (dulu dikenali dengan nama IRC) dan kumpulan article 11.1….dia bercerita apa yang didengar dalam satu ceramah apa yang cuba dilakukan oleh 2 kumpulan ini….semoga usaha member aku dan yang berkaitan mendapat restu dan berjalan tanpa ada rintangan…

Aku terpikir, untuk maju mesti ada sesuatu yang perlu dikorbankan….semakin maju Negara…semakin ada sesuatu yang lain pula akan menghadapi kepincangan….cuba lihat semua Negara maju yang serba canggih…..dan cuba lihat pula generasi yang telah lahir bersama dengan arus kemajuan…..tentu kita dapat lihat dan rasakan….kurangnya sifat kemanusiaan dan nilai murni….itulah harga yang perlu dibayar untuk dapatkan kemajuan dan kemodenan…cuba lihat saja Negara jiran….di Indonesia, sapa-sapa tak kira agama pun boleh kahwin…di singapura (ini dari pemerhatian aku sendiri semasa di sana) melayu singapura pulak yang terlebih barat dari kaum lain….cuba nilai sendiri….adakah sanggup semua perkara yang berlaku di depan mata baik jauh mahupun dekat bakal berlaku di sini, tanah air tempat tumpahnya darah nenek moyang yang berkorban jiwa raga semata-mata untuk membebaskan Negara dari dijajah oleh bangsa asing….and yet…what have we done?...membuka seluas-luasnya peluang kepada gejala asing untuk berbuat sesuka hati atas dasar kemajuan, kemodenan dan pembangunan…..mungkin kalau nenek moyang masih hidup…menangis dan merintih mereka akan segala yang terjadi ini….penyesalan tak terhingga kerana cucu cicit bangsa sanggup sia-siakan segala usaha, keringat dan darah yang tumpah…..hanya kerana apa?.......tepuk dada tanya selera…

No comments: