Tuesday, July 18, 2006

RAHSIA?.....NO MORE..

MAKA….hebohla satu Malaya semalam…terjawab la segala persoalan yang dulunya biarlah rahsia hehehe….

Masa orang-orang kecoh semalam pasal siti nurhaliza nak buat press conference…aku lak ada discussion ngan mereka yang datang dari jauh, jadi mana boleh nak hampakan tetamu yang telah besusah payah ambik flight pagi semata-mata nak jumpa kita kan…tapi since discussion ni adalah something yang informal, jadi aku relax sket la dan membiarkan aja sms masuk bertalu-talu hehehe…

Ada orang ofis sanggup pegi makan kat tempat yang ada tv semata-mata nak tengok live press conference yang diadakan….tak kuasanya huhuhu…dan aku pulak..sambil berdiskusi tu lebih banyak berborak cerita-cerita sensasi…apa lagi kan tajuk utama sudah tentu ler siti nurhaliza dan datuk k hmmm…dalam hati…tak sangka lak dorang-dorang golongan professional nih kalau citer bab artis bukan main lagi hehehehe….

Aku apa lagi, lepas abis diskusi, malas pulak nak buat keje opis sebab pikiran dah tepu, so aku dengan busy body dan tak penah dibuat….cuba jadik wartawan sambilan tak bergaji…berikut interview aku secara rambang dengan mereka yang samada peminat fanatik siti, peminat suam kuku siti dan mereka yang tak tahu apa-apa citer hehehe….

“…apaaaaaaaa la siti nih..cam takde orang lain ke dia nak pilih…aku menyampah betul ngan datuk k tu…masa pc tadi tersengih-sengih kat sebelah siti….dalam hati agaknya…mesti gatai abis duk hitung hari bila ler boleh ngap siti…menyampah la…benci aku…”

lerrrrr datuk k senyum salah, tak senyum nanti dikatakan sombong pulak….abih cemana? hehehe

“…..hmmmm dah agak dah…mesti ngan datuk k, alahhh erra ngan yusri dulu pun kemain lagik buat majlis besar-besaran…ha tengok sekarang nih apa jadik?...aku nak tengok berapa lama lak yang nih boleh bertahan…aku boleh betting la…eh ko nak bet ngan aku….”

Uiks…boleh lak cenggitu….ada ke kehidupan orang pun nak diperjudikan…hmmm

“….dulu I minat betul ngan siti nih….semua cd dia I beli, konsert dia I pegi tau…tapikan sejak gossip dia ngan datuk k nih…I nyampah abis….apsal siti sanggup nak rampas suami orang?....ish tak suka la….”

Errrr….bukan ke perceraian datuk k tu dah sah?..tapi aku dengar gak..memang datuk k dah rancang perceraian tu sebab dia memang dah aim siti dari awal….hmmmm entahler..

“….wei…ko takde keje lain ke nak buat muahahaha….tapikan..aku rasakan lantak ler siti nak buat apa pun, itu hak dia….nasib baik gak dia cakap nak kahwin, kalau dia kahwin senyap-senyap…korang gak yang tak suka…haaa masa tu ngutuk aje lerr…”

hehehe…..aku banyak keje tapi saja buat-buat takde keje….haaaaa tulah sebahagian dari jawapan yang aku terima masa aku buat interview secara rambang semalam….kalau korang rasa kekalutan semalam aku rasa cam dorang semua memang takde hal lain yang nak ingat kecuali hal siti nak nikah…agaknya dorang tu tahu tak ada beberapa kejadian gempa bumi yang berlaku didasar lautan hindi sekitar jam 3 petang waktu tempatan Indonesia yang menyebabkan berlakunya kejadian tsunami yang melanda kepulauan jawa….ramai yang terkorban (aku tak sure berapa) dan masih hilang……dorang nih ada tak masa nak pikir apsal Israel dengan sewenang-wenang menyerang Lebanon selepas palestin dah tinggal sisa?...aku hiba bila tatap mayat kanak-kanak yang tiada dosa yang jadi mangsa kekejaman..dan yang bodohnya…..negara-negara kuasa barat sekarang tengah bermesyuarat nak ambil tindakan kepada kerajaan Lebanon sebab melancarkan serangan balas ke atas Israel…..hellooooooooo…….apsal kuman seberang lautan korang nampak, gajah kat depan muka korang buat derkkkk je haaaa….apsal Israel yang buat salah tapi tak pernah kena?....apsal?....aku letih nak pikir….agaknya memang trend camtu sekarang nih, mangsa yang akan disabit kesalahan sedangkan orang yang buat salah bebas untuk lakukan lagi kesalahan…..dunia…dunia….so pikirkan la…kalau setakat berita siti nak kahwin dengan hal ehwal dunia sekarang ni, aku rasa berita siti tu cam setitik susu dalam secawan teh tarik…tiada berbekas mahupun meninggalkan rasa……

No comments: