Friday, July 21, 2006

LUMBA DAN TEROKA...

KERANA aku terpengaruh ngan orang ni….so malam tadi aku pun bukak la channel 3 semata-mata nak tengok itu cerita explorace…sebelum ni, aku sentiasa la tak berkesempatan nak tengok…samada aku lupa waktu siaran ataupun aku memang ada hal lain…maklum ler kan malam jumaat…banyak aktiviti woooo muahahaha….

Kali ni explorace di taiping, perak, bersama 2 grup lagi, untuk detail beserta gambar, korang boleh tengok kat sini…aku seronok tengok grup yang budak2 melayu tu…kelakar abis…dorang memang nampak cam giler-giler…kiut jek tengok dorang pakai topi kepala anjing tuh hehehe….

Nampak tugasan yang diberikan memang berat dan mencabar la…budak2 melayu 2 orang tu pulak semua cam kurus-kurus…kecik je…aku tengok dorang pun cam hmmm..larat ke dorang ni nak buat semua tasks tu, bandingkan dengan satu grup lagi…memang cam senang-senang jek boleh kalah……tapi aku tengok semangat dorang memang bagus…walaupun nampak letih giler ngan tugasan yang mencabar, tapi dorang tak penah pun nak menyumpah ke..nak tunjuk muka masam ke…ceriaaaaaa jek….ke sebab masuk tv so dorang tu cam ala-ala berlakon control marah segala hehehehe….

Bila aku tengok setiap tasks yang dorang lakukan sentiasa abis lambat dari lawan dorang….aku rasa cam..alamak….kesian la dorang ni..nampak cam nak kalah je….tapi yang paling best…bila dorang kena mendayung sampan…kat situ la baru dorang dapat beat grup lawan dan untuk pertama kali mendahului….wahhhhh..masa tu aku dah seronok dah sebab cuma tinggal satu je lagi cabaran sebelum dorang ke garis penamat…..so tak sangka la…pada permulaan race, dorang cam ketinggalan..tapi semangat dorang yang aku rasa menyebabkan dorang berjaya mengatasi lawan dan seterusnya memenangi explorace taiping untuk ke cabaran kedua…tahniah….

Masa aku tengok citer ni, aku cam tengok taiping dari sudut yang tak penah aku tengok sebelum ni…baru aku tahu yang taiping punya banyak tempat menarik…yang aku tahu taman tasik taiping tu la, tapi selain tu aku tak penah tahu pun adanya tempat penyelidikan hutan paya bakau yang pengurusannya mendapat pengiktirafan peringkat dunia, cemana dorang buat kayu arang, zoo taiping yang cantik dan banyak lagi keistimewaan taiping….so aku salute la kat tv3 kerana sejak dulu sehingga musim ketiga explorace ni, telah banyak perkenalkan tempat-tempat menarik yang seharusnya perlu lebih banyak di explore dan dikunjungi…tiba-tiba cam teruja nak gi tepen…jommmmm

No comments: