Monday, September 25, 2006

HUJUNG MINGGU LEPAS...

KELAS ngaji buat jamuan hari sabtu sempena nak menyambut puasa..makcik kelas tu ramai-ramai masak serba sikit, nasi impit kuah kacang, mee hoon, pelbagai jenis kuih muih siap ada tapai pulut yang dibungkus dari daun getah…sedap hingga menjilat jari hehe…rugi waiem tak datang…aku call, dia cakap kurang sihat….portion waiem selamat dah masuk perut aku huhuhu

Lepas abis kelas, aku bergegas ke PWTC sebab ofis ada AGM kat situ…sampai dalam sebelum jam 11, tapi aku rasa aku dah tawaf PWTC tu dekat ngan 10 kali, langsung takde tempat parking yang aku boleh masuk, no choice…aku terus je ke jockey Pan Pacific hotel…lantak la, sapa suruh buat AGM kat PWTC yang at the same time ada banyak events terutamanya matta fair..selain dari tu ada mapex dan ada juga few events lain cam jualan murah dari fotokem….aku terus cari hr manager, bising kat dia pasal parking..lantak la berapa ringgit aku kena bayar, aku mesti dapat claim..nyusahkan aku je…ingatkan lepas agm nak jugak aku gi jenguk jenguk kat matta fair tu, mana tau ada package holiday yang murah-murah, boleh gak cuti-cuti hehe…tapi dah lepas agm abis kul 6 lebih tu, aku dah penat sangat..mana ingat nak balik prepare untuk makan sahur lagi pagi esoknya..so tak tercapai jugak la hajat aku….takpe la next time..lagipun orang ramai sungguh, walaupun ada dorang cakap-cakap, package kali ni, agak mahal banding ngan terdahulu…mungkin sebab kenaikan tambang kapal terbang dan macam-macam lagi yang jadi penyebab harga kali ni jadi camtu kut….tapi aku tengok, ramai jugak yang sibuk jek duk pilih destinasi pilihan….orang Malaysia ni, kalau ada fair besar-besaran cam ni, dorang mudah dipengaruhi untuk membeli sebab tu strategi sekarang ni, adakan fair besar-besaran cam ni, kumpulkan sebanyak mana business yang sama, mesti akan ramai yang datang, akan ramai yang dipengaruhi untuk membeli walaupun banyak rungutan kata gaji tak cukup untuk menampung beban kenaikan harga…..

First day puasa, lepas kelas, has ajak aku pegi temankan dia ke jalan TAR…since kelas ngaji dekat je ngan tempat tu, so dia tunggu aku kat kedai kain yang dijanjikan. Wahhh tak sangka aku, walaupun baru hari pertama puasa, orang punya la ramai kat situ…agaknya sebab kebetulan hari minggu, jadi dorang ambil kesempatan la kan nak shopping awal-awal…aku nih memang suka buat keje last minit, tu yang terkejut tengok orang dah awal-awal prepare, last year…lagi dua tiga hari nak balik kampong, aku baru sibuk cari baju melayu ngan baju kurung, end upnya…susah betul nak jumpa sebab takde saiz yang sesuai…beli je la yang ngam-ngam…bila dah hari raya haji, langsung takleh pakai sebab dah tak muat muahahaha..uiks..2 bulan gap pun boleh membesar sampai camtu….so tahun ni, taknak la jadi cam last year..aku pun kena ikut cam dorang ni, beli awal-awal…

Aku ada pesanan buat teman sepengajian hehehe (sapa tu ekkkkk? hahaha)…ustaz pesan, dia cakap kalau boleh untuk iqraq yang baru ni, jangan la ada yang tinggalkan kelas sebab ustaz cakap, bagi dia ini adalah iqraq yang paling penting sebab ada banyak hukum dan tajwid, kalau iqraq yang terdahulu pun ada tapi yang ni lagi detail pengajaran dia..lagi satu dia bilang, lepas abis iqraq ni, sebelum dapat naik ke iqraq seterusnya dia akan buat ujian huhuhu….ada yang tanya…kalau tak lulus takleh baca iqraq baru ke ustaz?..dia cakap…belum fikir lagi cemana hahaha dan juga…sampai je ke muka surat 20 yang ada petikan surah tu, dia takkan cakap apa-apa, suruh kita baca je samada kita gunakan tak segala hukum dan tajwid yang kita belajar hehehe, kalau kita tak datang hari ni, esoknya dia akan suruh kita baca, kalau tak, minggu depannya pulak sampai la semua orang akan mesti kena baca…tiada yang dapat terlepas muahahahaha….dan last sekali juga, bila-bila masa….ustaz akan tanya setiap sorang satu baris ayat dan apa hukum atau tajwid yang terdapat pada ayat tersebut huhuhu..mencabar tak? hahahaha…sendiri mau ingat beb….

No comments: