Thursday, September 21, 2006

SEBELUM...

SINCE puasa semakin mendekat, aku cuba untuk selesaikan mana-mana kerja yang memerlukan aku tidak berada di ofis, so last week aku outstation..sebab tu la tidak berupdet ye…bukan malas tau..tapi sekarang pun cam takde mood nak updet, aku malas nak cerita tentang isu semasa yang maha berat, yang walaupun aku sedikit tahu tapi tak sanggup nak bincang….blog aku hanya la tentang cerita ringan yang aku sendiri enjoy nak baca hehehe…so pada SB, tiada guna singgah ke sini kalau hanya tujuan ingin mencari maklumat…and by the way…dorang nih memang ada browse tau sebab kawan aku yang ada blog dah tunjukkan kat aku sapa yang dah tengok blog dia…and guess what, satu tu dari bukit aman huhuhu…..

Disebabkan ada orang outstation, jadi bermula dengan selasa malam tu, aku cuba untuk memenuhi beberapa ajakan teman yang nak jumpa sebelum puasa…ok jugak la kan, bulan puasa aktiviti outing mesti dikurangkan hehehe…betul ke?..so aku jumpa sorang teman sekolah yang dah hampir setahun tak jumpa walaupun ada sekali sekala bertanya khabar, walaupun plan nak berempat, end up hanya berdua…tapi seronok sangat boleh cerita hal masing-masing…cam updet plak hahaha…dengar kisah dia mengerjakan umrah, cerita yang timbulkan kesedaran dan ada juga cerita yang nakal hehe..kat mekah pun boleh jadi jugak kan hmmmm…

Semalam, turn aku ngan geng biasa pulak bertemu setelah last kitorang jumpa adalah masa ke hatyai aritu hehe…kiranya kitorang jumpa ni cam nak ala-ala bernostalgia pasal hatyai la muahahaha…maklum la tak tahu lagi bila nak jejak ke sana setelah apa yang berlaku baru-baru ini…

‘Malam ingatan Hatyai’ muahahahaha…dimulakan dengan menonton wayang citer siam lagi hahahaha….ghost game…giler citer ni bukan sebab seram sangat tapi sebab suka buat aku jerit dalam panggung tu muahahaha…macam-macam pesen orang tengok citer seram ni tau siap ada yang ala-ala intai balik jari-jari dan ada tu yang ambik tudung buat filter muahahaha..kelakar tak…aku gak yang menten tak cover apa-apa sebab tu aku paling kuat jerit muahahaha…lepas abis wayang, geng gerak pula ke satu restoran yang tempatnya memang buat aku geram sebab tempat tu memang buat aku sesat barat walaupun berada betul-betul di golden triangle of kuala Lumpur muahahaha….memang la dorang ni saja jek cari tempat camtu, nasib baik la makanan sedap, kalau tidak mau aje aku balik kalau tak jumpa carik dorang hahaha…

Lepas dah beberapa kali dapat sms peringatan huhuhu…aku pun dengan berat hati bagitau kat geng yang aku mesti balik…kalau tak, sure takde can la nak buat apa yang aku buat semalam, siap ada yang dah nak merajuk dah..tapi rasanya..tak merajuk kut sebab apa je permintaan aku dah tunaikan…..betul tak?..kalau merajuk gak tak tau la..sepatutnya aku yang merajuk panjang…..eh ape aku melalut ni ekkk muahahaha...abaikan je la ye

Ada satu lagu best yang liriknya aku nak share, cuba cari mp3 lagu ni tapi kejap je aku dah give up, so pepandai ler korang carik sendiri kalau nak dengar hehehe…

Selamat berpuasa semua semoga usaha untuk menambahkan amal dan pahala digandakan pada bulan yang mulia ini…..ada orang tu arini last puasa ganti kan hehe…ko dapat raya satu hari lepas tu ko puasa lagi tau hahahaha…..

Menatap indahnya
Senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam
Dan terpaku

Mengerti akan hadirmya
Cinta terindah
Disaat kau peluk
Mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh jiwa ragaku
Kuingin kau tahu
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Tercipta untukku - ungu

No comments: