Thursday, October 05, 2006

KESUKAAN MINGGU INI...

NAMPAK sangat aku malas buat keje kan bulan puasa ni hehehe sebabnya aku asyik buat entry untuk blog je…jangan tak tahu, di bulan puasa ni segala meeting aku dah schedule lepas raya…segala outstation juga lepas raya sampai ke tahun depan, segala cuti atau percutian juga lepas raya hingga ke tahun depan…so apa keje aku dibulan puasa ni? hehehe…dok diam-diam kat bilik sambil layan semua cd (tau la kan cd dari mana muahaha) lepas tu on ym…..

Tahun ni jugak, sampai ke ari ni aku belum kira lagi dah berapa hari kita puasa hehehe…baru aku tahu dah lebih seminggu..cepat je kan…since last week aku tetiap hari half day dan ada masa untuk masak, jadi makanan ada berjenis-jenis la….tapi this week, bila aku dah takde cuti nak kena abiskan sampai hujung bulan lepas, so semua makanan adalah dari param (muahahaha…aku kena gelak kalau nampak perkataan ni)…kalau tahun lepas juara carta makanan berbuka favorite aku adalah murtabak tapi aku rasa tahun ni dah berubah…sebabnya since hari ahad tetiap hari aku akan berbuka dengan nasi kerabu yang warna purple tu hehehe….tetiap hari aku beli dari gerai berlainan semata-mata nak cari yang mana sedap…dan lauk aku mesti ada daging atau ayam bakar dan bawang putih jeruk….sedappppppp sungguh…semalam, aku balik awal sikit sebab kononnya nak pegi ambik kereta aku yang sejak dari isnin aku hantar ke bengkel…..kereta aku masuk bengkel sebab aku baru nak betulkan sisi belakang kereta aku yang kena langgar dengan treler dulu hehehe…..sebenarnya dah lama ayip nak hantar bengkel, cuma aku je yang tak kasi sebab nanti aku susah takde kereta, ni pun aku terpaksa guna kereta dia dan aku tak suka…sebab kalau guna kereta dia aku jadi nerves nak drive muahahaha…

So semalam dah sampai kat tempat bengkel tu punya la bengang sebab tak siap lagi..arrrrgggghhhhh ni ler puncanya aku malas nak hantar tau..janji tak serupa bikin, kata 2 hari leh siap ni dah masuk hari yang ke 4 dah…hampeh betul….dah la makanan untuk berbuka pun tak beli lagi, masa tu dah jam 5, nasib baik kat situ ada param hehehe…cepat-cepat aku pegi tengok apa yang ada dan seperti biasa…konon dalam hati cakap taknak beli nasi kerabu…tapi beli jugak…hari ni aku tak tahu dan tak pikir lagi nak buka apa, rasanya cam dah tak nak beli nasi kerabu tapi entah la kan…..mulut cakap lain tapi hati pulak pikir lain…tapi nanti aku tak tahu nak makan apa dah…kalau aku tak makan nasi kerabu maka aku takkan makan nasi la jawabnya, dah la sahur pun aku tak makan…so rasa-rasa…..kena beli nasik kerabu jugak ke? (alamak...akhir ngan soalan pulak sedangkan aku dah janji nak belajar ayat penyata muahahahaha)

1 comment:

Anonymous said...

hah rumah bertukaq warna gaksker neh??

iyolah tuh nasi kerabu gaksler gamaknya.. *err semenjak ada baby Q neh dah tadak selera la maks nak menikmati nasi kerabu* naper tatau??? *tgh pikir arini nak beli apa tatau*

tudia lamanya dah yg gesel treller tuh..