Saturday, May 24, 2008

SAMBIL aku bermalasan ngadap tv menonton konsert terakhir AF ni, saja je aku rasa cam nak updet blog hehe...apsal lately cam rajin ek....sebab yang pertama....otak aku kurang stress..so boleh la aku relaks dan updet, so selalu yang aku berminggu kadang berbulan tak updet sebab aku punya otak beku, kalut, sibuk ngan hal lain maka hal-hal blog terpaksa diketepikan dulu hehe...boleh gitu?

Masa dengar lagu yang nubhan nyanyi dari kumpulan sofaz, baru teringat nak citer pasal cd ni, tapi bila cari-cari....tinggal lak kat ofis, so aku rasa cam tak fair nak citer pasal cd tu kalau aku sendiri tak ingat tajuk-tajuk lagu yang ada dan tak sah kalau tak sertakan lirik yang aku suka....so since jap lagi katanya riz akan nyanyi satu lagu best yang juga fav aku iaitu 11 januari....maka aku pun terasa la nak citer pasal cd ni..

Beli dah lama, rasanya hujung tahun lepas masa ke seberang, tajuk cd ni, peace, love n respect...simple tapi sangat best 10 buah lagu yang ada. Lagu nakal rasanya telah memberikan anugerah kepada kumpulan ni pada anugerah planet muzik di klcc april lepas...so sendiri tahu la kan kualiti lagu-lagu dalam ni

Suara Armand Maulana tak payah nak komen la...seksi lagi lemak merdu macam makan lemak ketam hahaha...aku suka tau, tengok video klip dia suka betul nak tengok mata dia yang redup lagi plak kalau buat jeling tajam gitu hahaha...tapi dari dulu suara dia yang buatkan aku tak lupa nak beli cd dan dengar setiap lagu dari album band gigi ni...so tak nak buang masa sebab kau nak dengar sapa juara af musim ke enam ni, kalau suka...sila la cari kat kedai, nak kirim ngan aku rasanya lambat lagi aku nak pegi seberang....aku tinggalkan dengan lirik 11 january disini...sapa-sapa yang berkenalan dan bercintaan bersamaan dengan tarikh ni sure suka giler kat lagu ni...

11 Januari

11 januari bertemu
menjalani kisah cinta ini
naluri berkata engkaulah milikku

bahagia selalu dimiliki
bertahun menjalani bersamamu
kunyatakan bahawa engkaulah jiwaku

akulah penjagamu
akulah pelindungmu
akulah pendampingmu
disetiap langkah-langkahmu

pernahku menyakiti hatimu
pernah kau melupakan janji ini
semua karena kita ini manusia

kau bawa diriku
kedalam hidupmu
kau basuh diriku
dengan rasa sayang
senyummu juga sedihmu
adalah hidupku
kau sentuh cintaku dengan lembut
dengan sejuta warna

lagu dari gigi

No comments: