Friday, August 15, 2008

JEMPUTAN...

KALAU ku tahu betapa indah tersergam ‘rumah’mu, takkan aku teruja untuk melihat yang lain ..sekiranya ku tahu betapa lazatnya minuman dari ‘rumah’ mu, tak perlu aku terlalu taksub pada jenama coffee yang selalu aku ingin, kalau ku tahu betapa indahnya ‘syurga’ kekasihmu, tak perlu aku jadi terlalu sibuk untuk mencari syurga di dunia ini…aku lebih rela bersesak dan merempuh lautan manusia hanya kerna ingin sentuhkan dahiku pada syurga itu bukan bersesak di tempat-tempat konsert yang selalu aku kunjungi…bersyukur…itu tanda aku masih lagi diingati….itu tanda aku masih ada lagi peluang untuk menebus segala dosa…itu tanda bahawa sesungguhnya tidak pernah aku dilupakan melainkan aku sahaja yang asyik dan ralit dengan duniaku sehingga aku lupa padamu…maafkan aku….seharusnya belum cukup hanya sekadar ucapan maaf…tapi aku sepatutnya buat lebih dari itu kerana aku tidak layak kalau hanya setakat ucap maaf….terlalu banyak yang aku lakukan yang menyakitkan hatimu, yang menyedihkan dirimu…tapi sebaliknya yang kau beri padaku…kau masih beri aku waktu dan kesempatan untuk aku mencari diriku yang hilang…rupanya kau tidak pernah tinggalkan aku melainkan aku sahaja yang selalu menjauhkan diri…terima kasih….terima kasih kerana tidak tinggalkan aku, kerana beri aku waktu dan kesempatan, kerana temukan aku jalan pulang….terima kasih kerana menjemput aku ke ‘rumah’ Mu…..

No comments: