Friday, August 29, 2008

Sambut Puasa dan Sambut Merdeka...

MINGGU ni adalah minggu makan makanan jepun bagi aku, at least during lunch la….since Monday sampai arini tolak dengan lunch appointment, aku dah 3 kali pegi tempat makan tu berturut turut, selama ni pun at least seminggu sekali aku mesti menapak ke situ. Apsal eh? Sedap sangat ke?...ofis mate aku sorang ni, yang kiranya setiap kali pergi mesti temankan aku hehehe…pun sama naik giler dia, padahal sebelum ni tak pernah hayat dia pun makan makanan jepun ni hahaha….

Aku memang suka makanan jepun. Selalu aku akan makan kat sakae sushi kat curve sebab tempat tu dekat ngan umah n best la selection dia, kadang-kadang aku pegi branch yang dekat bangsar village, aku try Yo sushi..tak berapa memberangsangkan bagi aku…zaman study, masa aku memuda sikit (sekarang pun muda gak tau hahaha) aku selalu lepak kat sushi king..tapi sekarang ni since macam ada duit terlebih sket hahaha….situ la port aku kalau nak makan Japanese food…selain dari situ, untuk buffet aku selalu pegi Saisaki Sushi kat UOA Bulding, fuhhh selection dia bukan main lagi banyak, tapi aku rasa bukan paling best la, sebab aku penah pegi restoran ni yang aku lupa nama dia, errr apatah lagi rege dia pun sama naik gak so sebab tu tak ingat nama kut hahaha..tapi terletak di Renaissance hotel…fuhhh selection dia lagi la sangat dasyat…aku suka walaupun aku tak berapa nak suka part rege dia muahaha…satu lagi pilihan untuk buffet, aku pegi Shogun kat One Utama…kalau salah pilih time, kena beratur panjang cam kat Saisaki jugak la…tak larat nak makan banyak sebab tu aku jarang pegi buffet. Kalau aku hanya nak makan teppanyaki, tempat yang so far bagi aku adalah best dekat Japanese restoran kat Hilton pj…situ best sangat bila duk kat teppanyaki kaunter sambil perati chef tu cam terror main baling-baling pisau huhu…

Tapi sekarang ni yang buat aku giler makan Japanese food time lunch bila bukak satu outlet kat gardens ni, nama kedai ni zanmai sushi…level 4 kat sebelah boarders..fuhhh kengkawan…especially sesapa yang suka Japanese food (jeling makincik, poii, waiem, vad hehe) selection sushi dia sangat la best…lain sket dari yang lain dan aku suka kelainan tu, miso sup dia pun sedap as compared to sakae, yo ngan sushi king…aku memang rekomen korang pegi situ sure balik dengan kepuasan dan kekenyangan…errr macam aku sekarang ni, tu yang terus jek terasa nak buat post ni sebab pewot tengah kenyang hahaha..

Opppsss sebelum terlupa aku nak ucap alhamdullilah pada anak bat88 sebab dah keluar spital semalam, sorry beb sebab tak sempat nak melawat, si nhk tu yoyo o jek ajak aku pegi tapi takde pun call aku sampai la dapat sms ko huhu…untuk ko pulak selamat bercuti panjang yach, kiranya boleh ler masak juadah berbuka kan hehehe

Dan sempena mengambil keberkatan untuk memulakan bulan ramadhan ni, aku mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya aku ada berkasar bahasa, tutur bicara dan tingkah laku..sesungguhnya yang lemah dan tidak sempurna itu adalah dari diriku yang serba kekurangan dan sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Nya…Selamat menyambut Ramadhan penuh keberkatan ku doakan semoga kalian diberkati Nya…

Tak lupa jua, kepada Malaysia....tarikh Merdeka datang lagi...tapi aku masih bertanya...adakah kita sudah sepenuhnya memenuhi standard kemerdekaan itu?

No comments: