Friday, February 27, 2009

NORMAL...

MINGGU antara yang ter sibuk dan menyibuk hehe…minggu ni jek kena setel dua tender proses, mana nak buat evaluation lagi, nak call for meeting lagi..hmmm biasa la kalau dah namanya kerja memang takde la menda yang sangat best kan, letih ada la..takmo citer pasal keje sebab aku rasa setiap dari kita yang ada keje ni macam tu la rutin, kadang busy kadang senang lenang sampai boleh baca magazine, chit chat takyah citer and update facebook lagi tu hehehe…

Few things dah ada dalam perancangan untuk hujung minggu ni, dan mesti aku buat sebab aku dah tangguh berapa lama dah..kalau this week tak buat jugak tak tau la cemana, lagipun hujung minggu depan memang tak akan dapat nak buat la, kalau fikir hujung minggu depan, rasa cam tak sabar pulak…pe citernya? Nanti la aku citer lepas abis hujung minggu depan, bley gitu? Hiks

Last Monday selepas dah beberapa lama tak jumpa bestfriend aku tu, baru la berkesempatan dapat minum sesama, yang bestnya dah la tengahari tu ada orang belanja makan kari kepala ikan…so tangan dah memang satu ari la semerbak jek bau kari kan…jumpa si has petang tu plak kitorang lepak pulak kat kedai mamak…aku rasa aku paling banyak makan hari tu sebab petang tu aku oder cheese nan ngan tandoori…wahhh sedapnya sampai aku tak sedar aku dah makan separuh nan tu bila si has sampai hahaha….then tambah oder lagi ngan capati….wehhh aritu je aku memang bau kari mamak je la jawabnya hahaha

Si has dah lama aku tak jumpa sebab dia ni asyik jek sekarang ni lepak belah kajang…ntah apa yang best kat situ aku pun tak tau, tapi takde la plak aku tanya dia kan..bagi aku kalau takat nak tengok wayang ke, yang kat umah ni pun ada jek belambak, tapi apsal kena pegi sampai kajang? Musykil, kadang-kadang tu dia ada gak suh aku join, kata dia bila sampai sana, kita call orang yang kat bangi tu? Dah lama tak jumpa….hmmm haruskah aku play along?..so far aku jawab kat dia “ko je la yang call dia and ajak dia keluar” hahaha….mungkin satu hari dia akan buat kut…ntah la

Selamat berhujung minggu semua, semoga gembira selalu

No comments: