Monday, March 02, 2009

DOA...

JUMAAT lepas aku, lara, rose ngan kate pegi melawat mak nhk kat hospital KL. Sorry mamabat ye sebab sket last minit, ari khamis dah text si lara tapi maklum la kan anak dara tu amat la bizi sekali untuk reply text aku, pastuh baru ler ari jemaat tu sibuk tanya, nasib baik rose dengan senang aje dapat ikut, yang si kate lagi best sebab memula dia text ajak aku pegi um, tapi aku reply ajak dia gi hkl hehe

Dah nak dekat sampai terus text nhk tanya katne wardnya, tapi jumaat tu jalan amat la jam pack ngan kereta yang aku tak tahu nak pegi mana, ooo mungkin dorang nak pegi istana budaya sebab malam tu katanya show pertama m.nasir, so sebab tu la ada sedikit lambat….dah sampai hkl terus confuse sebab dah lama tak datang, dulu jalan 2 hala sekarang semua dah sehala, nasib baik lepas ofis hour dah boleh parking kat mana-mana, kalau tak jenuh gak la nak menapak

Dah setel dengan parking terus je berkumpul kat main building, naik tingkat 3 ward 12 kan? Ward apa tu eh lupa la plak..terus cari kelibat nhk, dah hujung tu baru nampak..sengih jek nhk nampak kitorang, salam ngan mak nhk, kakak n adik, katanya abang dia pun ada, tapi gelak bila nhk citer abang dia tu paling kecoh bila mak dia sakit tapi kat spital tak reti nak duk dekat katil, apa abang dia buat, duk kat luar ward hehe….kadang-kadang orang lelaki memang camtu kan? Tak reti nak tunjuk kasih sayang dengan perbuatan..ntah la

First time aku jumpa mak nhk, umur dah lebih 70 an kan? Sebenarnya bila aku nampak mak nhk tu terus aku teringat arwah nenek aku, mak kepada mak aku…masa tu tak tahu apsal tetiba aku rasa cam rindu giler kat dia, aku sangat terkilan sebab tak dapat jumpa dia sebelum dia meninggal, pulak tu kali terakhir aku jumpa dia tu pun dah lama sampai aku tak ingat…masa tu aku kat kl, masa tu jugak aku tengah ngadap exam, so bila dia meninggal, dorang pakat takmo bagitahu aku sebab takut aku takleh konsentret exam…so bila aku dapat tahu berita tu aku sedih giler…bila nampak mak nhk, segala kenangan dengan nenek aku terimbas…aku rapat dengan dia pun lepas aku sekolah kat kampong dan duduk ngan dia sebelum pindah rumah sendiri…so start dari situ la aku jadi manja..maklum la nenek aku akan backup aku kalau ma marah bila aku pulang senja sebab main lompat galah atau konda kondi ngan geng (pulak tu geng majoriti budak laki, mana tak macam tomboy hahaha)…aku ingat lagi aku selalu teman nenek cari kulat sisir kat ladang getah belakang rumah, cucukkan bertali-tali bunga melor guna urat batang pisang tu, tolong kutip getah sekerap, cari kayu api dan macam-macam lagi la yang aku buat..masa tu pikir seronok sebab dapat buat semua tu dan tak penah pun aku rasa cam beban, pulak tu dapat upah, bila dah pindah rumah, setiap hari minggu pun aku pegi tidur umah nenek, temankan nenek pegi pasar naik beca roda tiga, ke kuala lipis naik ketapi sebab dia nak pegi jumpa sedara, memang aku seronok dengan nenek…selalu mintak dia urut sebab aku selalu la lenguh dan sakit badan sebab selalu jatuh…nakal sangat la katakan, sekarang bila sakit bahu aku selalu rindu nak rasa nenek urut sebab paling best…pastu dengar dia bebel sebab katanya takleh selalu urut nanti aku selalu jek akan sakit bahu…pasal tu la kut aku sekarang nih memang selalu sakit bahu…

Bila aku sekolah asrama, aku jarang jumpa nenek..dah masuk uni lagi la selalu tak sempat nak lama-lama ngan nenek…penah ada satu kali aku balik cuti semester, aku lepak tunggu dia tengah masak untuk tengahari, dia tanya aku dah ada pakwe ke tak muahaha gelak aku…aku cakap ngan nenek, kalau ada aku bawak jumpa dia so dia mesti tunggu aku…tapi apa dayakan…nenek pegi dulu..tak sempat aku nak dengar komen dia…rindunya aku pada nenek…al-fatihah

Hari ni, mak nhk akan menjalani satu pembedahan…aku harap nhk tabah dalam menghadapi keadaan ini, mari kita doakan yang terbaik untuk mak nhk…semoga semuanya selamat…

No comments: