Sunday, March 15, 2009

MINGGU YANG STRESS...

INI la yang terjadi pada setiap kali aku nak lepak-lepak….minggu maulud nabi tu aku ambik cuti dan pergi berseronok…tapi lepas cuti tu banyak la pulak hal sampai aku stress tak sudah…sorry eh pada sesapa yang asyik la dapat mesej stress aku tu hehe…kalau tak ngadu lagi la sakit hati segala kan, so daripada aku sorang jek yang merana seronok gak kalau ada dapat rasa sama hahaha

Nak citer gak apsal aku stress, walapun menda nih memang standard..memang camtu la, sebab lumrah kalau kita cuti dari keje so keje memang akan banyak la kan, tapi sebenarnya kes aku nih cam tak berapa nak standard la kan sebab aku make sure sebelum aku cuti aku setel semua keje, so bila balik cuti tu, hari selasa aku ada meeting kat putrajaya, so lepas tu aku ingat nak diskas la ngan ceo pasal menda yang di bincang masa meeting, tapi rupanya ceo aku pulak sakit n masuk spital. Lega sebab cam boleh relaks jap hehe…tapi kan ceo tu dia cam tahu jek aku nak relaks so dia sudah call aku dari spital..kata dia dah dapat idea suh aku buat satu proposal…sebelum akhir percakapan tu berulang-ulang dia cakap nak cepat…..ish and masa tu dah jam 4pm hari khamis…

Aku yang tak penah-penah bawak balik keje siap bawak balik konon nak buat la kan….lepas on lappie, terus jek menung tenung skrin, tak tahu apa nak tulis, last-last bukak skype n chat ngan sisters hahaha

Next day jumaat tu pepagi lagi aku kena attend meeting, walaupun ada 2 meeting pagi tu aku pilih meeting yang tak perlu aku jumpa presiden hehe….sebab meeting tu panjang abis lambat. Lepas abis meeting, terus aku duk dendiam konsentret la konon sampai lunch pun tak keluar ari tu hehe (tapi aku suh kawan aku tapau biggest burger ever plus fries plus drinks, eh aku bukan makan burger yang diboikot tu tau hahaha)…petang tu at 4.30pm member dah ajak pegi spital sebab dia ada something nak brief ceo, aku cakap korang pegi la dulu, akunya proposal tak siap lagi, nanti aku pegi sendiri sebab spital tu kat damansara dan sangat la dekat ngan umah aku, kira aku pegi dan terus balik la lepas tu..by 5.40pm baru aku siap-siap nak chow lepas aku in record time berjaya menyiapkan draf proposal tu…yuhuuu kiranya aku balik on time gak la kan..

Pegi spital, alamak wife dia pulak ada, so terpaksa la sopan santun layan wife dia gak, yang si wife dia nih sibuk bebel kat aku bagitau sejak keje kat tempat ni, ceo nih asyik sakit…hmmmm terus jek aku cakap sebab stress tu puan so jangan la suh dia keje kuat sangat, ceo aku sengih jek dengar komen aku tuh, agak lam hati dia, siapla budak nih masa appraisal dia nanti aku ayat cukup-cukup huhuhu…merasa la aku pasnih..jam dan kul 7.00pm aku pun dah kat tiga pat kali cakap nak balik, tapi ada jek yang wife dia nih nak borak, proposal pun aku dah brief ceo tu dah, seronok agaknya wife dia borak ngan aku agaknya hehe…last-last aku cakap aku kena balik masak baru ler wife dia lepaskan aku, siap ceo pun perli kalau nak borak memang tak abis…dia dah lebih tahu wife dia kut, selamat aku hehe

So itu la yang buat aku stress minggu lepas dan disebabkan tekad aku nak siapkan gak sebelum wiken telah menyelamatkan wiken aku dari gangguan stress, lagipun isnin selasa aku takde kat opis, so selamat la aku untuk few days daripada kejutan lanjutan dari draf proposal aku tu…hmmm so aku nak enjoy beberapa hari ni selagi aku boleh kan….nak pegi jumpa kuching and nak pegi ziarah trail kinabalu hehe

No comments: