Wednesday, May 13, 2009

NAK JUGAK...

FUHHHH…banyak betul yang berlaku di sini kan…orang-orang perak dan orang-orang dari satu parti ni la yang paling terasa lah aku rasa, tak cukup dengan berita nik abduh, ditambah lagi pulak dengan gelora politik perak….sapa pulak mb nih? Sapa sebenarnya mb nih? Fuhhh cukup ler aku citer pasal politik sebab bukan aku suka pun citer pasal tuh, nanti tak pasal-pasal pulak blog aku masuk list ‘blog yang harus dibuka selepas malaysiakini atau harakahdaily’ hehehe..dah la aku pun baru jek balik dari satu kawasan di perak nun….nasib baik tempat tuh aman tenang, kalau aku pegi ipoh waktu tu, mau pulak tak pasal-pasal stuck kat sana…agaknya la

Nak citer gak kat sini…’nak jugak’ (kalau penah dengar radio muzik waktu pagi sure selalu dengar penyampai pompuan tu selalu sebut perkataan nih secara mengada-ngada…rasa nyampah gak kengkadang dengar, tu pun aku dengar kengkadang tu, kalau selalu tak tau ler nak citer cemana hehe) sebab apa aku nak citer pasal citer ni, sebab rasa tak adil kalau tak citer, kalau dulu aku peminat yang sama-sama giler ngan rancangan ni, pastu over few seasons..demam aku benar-benar kebah…aku pun jarang lihat dan tak endah lagi..tapi tiba-tiba rasa aku not being fair to the show yang pernah aku tak senang duduk, bersama-sama mereka yang aku tak pernah kenal sebelum ni tapi sekarang nih jadi antara sahabat tempat aku bercerita segala kisah, bersedih dan bergembira bersama….sungguh tak adil kalau aku langsung tak ingat pasal rancangan ni, apa lagi kan kalau bukan af…memang this time aku langsung tak tengok diari (sejak few seasons lagi aku tak tengok), konsert mingguan pun aku banyak missed (last week pun missed and aku dengar dorang cakap hafiz nyanyi best) this time, memang aku takde prefer sapa-sapa…rasa amat jarang sekali borak pasal ni atau citer ngan geng pasal ni, wahhhh tetiba tingat nostalgia lama where aku selalu bertenggek kat satu blog nih, berbalas komen sampai beribu..kenal kawan-kawan yang satu kepala walaupun hanya di alam maya….i missed that moment, so citernya, bila dah konsert akhir ni, baru terasa nak tengok, rasa cam hafiz sepatutnya pemenang dan tempat kedua akim, yang lain-lain tu penyeri la kut hehehe..so kepada teman-teman yang masih setia mengikuti, enjoy konsert akhir ya dan selamat afundi..

No comments: