Wednesday, May 09, 2012

KOSONG...

TIADA perkataan lain yang lebih tepat untuk gambarkan betapa keserabutan fikiran aku bila selama lebih 2 bulan berperang dengan keje...dan bila minggu lepas aku dapat peluang bercuti...terus kosong fikiran dan lapang terasa...badan aku rasa ringan dan jiwa dah tak kacau hahaha

DUA destinasi yang berlainan tapi latar belakang sama...ada laut, ada angin ada seafood hehehe....dan ada hiburan LOL.  Tiga hari di destinasi pertama, aku kurang teruja, tak tahu kenapa, mungkin suasana? atau mungkin juga mereka yang bersama aku yang membuat aku kurang teruja? ntah la...tiada jawaban.eh ada tapi aku malas nak cari konklusi huhu...overall destinasi pertama cam ok la...

HANYA beberapa jam selepas aku balik dari destinasi pertama..terpaksa bersiap-siap ke destinasi kedua (terpaksa ke? hahaha).  walaupun pada mulanya rasa sangat berat dan langsung tak teruja nak pegi sebab ada la beberapa sebab tu...malas nak pikir apa lagi nak tulis kat sini...tapi kalau dah alang-alang tu redah je la...cuti dah lulus, fikiran masih belum tenang, segala dah diselesaikan so buat apa tunggu kan, lebih baik teruskan je...dan serious sekali memang aku tak nyesal pegi walaupun cuak jugak sebab ada rasa sket takut dan tak konfiden...tapi tu la, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...dan hikmah selama 4 hari di destinasi kedua sangat aku senangi sehingga jiwa aku begitu kosong....hanya terisi dengan ketenangan....tenang berada dilautan, tenang bila diwaktu malam berteman bintang dan bulan...tiada tv, tiada aircon, udara segar setiap masa, segala serba sederhana..tapi sangat nyaman.  Setiap yang aku jumpa sangat mesra dan ramah tanpa mengira dari bangsa apa, tetamu malah setiap dari mereka di situ melayan semua orang dengan senyuman...aku dapat rasa keikhlasan dalam berkenalan, kemesraan dalam setiap bualan....overall, memang five star walaupun aku hanya tinggal di homestay yang serba serbi basic..itu la magiknya dan sangat magik bila kekusutan yang aku alami terus hilang..tenggelam dalam lautan celebes....aku amat merindui untuk kesana lagi padahal aku baru je pulang...gamitan terlalu kuat..ye, aku sedang merancang....another ad hoc trip :D

No comments: