KORANG pernah tak pergi city tour?...hehehehe cam pertanyaan bodoh lak kan..rasanya those yang suka dan dah pernah melancong mesti semua dah merasa...ye la..kalau gi mana-mana, mesti dalam agenda tu ada city tour...betulkan, tapi aku bukan nak citer pasal kita gi city tour masa melancong tu tapi..nak citer pasal our own city tour...kuala lumpur city tour hehehehe
HA....aku rasa mesti korang belum pernah lagi..ye la..kita ni (aku la especially), selalu take advantage je atas apa yang kita ada dan dapat...so macam aku nih..tak pernah terfikir pun pasal ni, apatah lagi dah tinggal kat kl kan...tapi baru-baru ni..aku diberi peluang merasa apa yang tak pernah aku terfikir nak buat ni...aku kena temankan mat-mat dan minah-minah salleh yang datang meeting kat kl ni untuk satu city tour..hehehe..aku ngan sorang lagi kawan aku nih (dia nih lagi parah..dah dekat 30 tahun dok kl dah nih...)kena bawak dorang for half day city tour...kitorang pun dah booked satu travel agency la untuk bawak kitorang ronda-ronda kl...
Pada hari yang ditetapkan tu...kitorang ditemani oleh sorang tour guide...rithwan kalau tak silap nama dia nih...very friendly (aku rasa semua tour guide mesti friendly kot)..tapi yang bestnya bila rithwan citer pasal kl ni, ada banyak maklumat yang tak pernah aku tahu selama ini..korang tau tak..menara jam yang kat bangunan abdul samad tu adalah city centre..maknanya...kalau korang berdiri kat situ bermakna jarak korang dari kl adalah 0 km. tak tahu kan?...so lepas ni, kalau ada sesapa yang dating, kata nak jumpa kat city centre kl..korang mesti cari menara jam kat depan dataran merdeka tu tau hehehehe
Satu lagi yang aku rasa cukup kelakau sekali (bagi aku la kan)...first time aku tahu ada gak orang chanting batik kat sini ye...selalunya suasana ni aku boleh tengok kat kampung aku je atau kat terengganu hehehe...tapi hari tu aku lihat sendiri kat kl...ni bukan yang jenis demo masa promosi visit malaysia ke apa ye..tapi memang dorang proses batik kat situ...tempat nya pun tak pernah aku tau wujud satu batik factory kat situ hehehe..ye lah dah kat tengah-tengah town...selain dari pusat kraftangan dan karyaneka kat jalan conlay tu atau central market, tak pernah terfikir lagi pun ada tempat camni. aku ngan kawan aku gelak-gelak giler pasal ni ekekekekeke.....dianya showroom pun kemain lagi besarnya dan penuh ngan barangan batik dan macam-macam lagi kraftangan...harga boleh tahan juga, tak murah sangat..tapi dorang cakap for malaysian, dorang bagi lagi discount...aku tengok omputih tu sumer kemain lagi dok borong, batik scarf, photo frame, pario dan macam-macam lagi la...aku lak..hmmmm baik aku beli kat kampung aku...dah la kenal ngan orang yang jual dapat laggggggiiiii murah hehehehe...
Kitorang juga dibawa ke selangor pewter factory...kalau tak sebab city tour nih, jangan harap la kan aku sesaja nak datang kilang nih...walaupun aku tahu kat mana...tak terasa pun nak jengok cemana dorang buat pewter tu kan, tu la yang aku ngan kawan aku dok buat conclusion hehehe...tapi bila dah ke sana..seronok jugak. baru tau cemana proses dia..kiranya menambah pengetahuan la...rasa bangga jugak bila kita dapat tunjuk kat omputih ni, kita punya pewter yang berkualiti dan terbagus...
Banyak lagi perkara-perkara yang menarik yang aku lalui, cam aku baru tahu ada satu restoran lama kat jalan petaling yang kalau korang masuk terasa cam duk makan semeja ngan yap ah loy hehehe...lagu background pun mengalahkan opera cina punya nyanyian..tapi makanan halal dan sedap..actually kalau korang ada nak entertain foreigners, kat situ pun ok gak...memang cam ancient sangat tempat tu tapi bukankah yang modern sekarang nih datangnya dari situ jugak dulu?....
Lepas habis tour hari tu, aku rasa aku lebih dekat dengan kuala lumpur..appreciate dengan apa yang telah dilalui dari zaman kongsi cina, kemerdekaan sehingga la menuju ke zaman millenium ini....semaju dan se modern mana pun kl....aku tahu masih ada lagi tempat yang boleh mengembalikan nostalgia dan kenangan zaman lalu..kalau kita beria-ia sangat nak pergi melancong ke luar negara...beria-ia sangat nak ambik tahu sejarah tempat yang hanya menjadi tempat persinggahan sahaja...lebih baik lah sekali sekala kita cuba selami apa yang ada dipersekitaran kita...baru la kita boleh rasa bangga dengan apa yang kita ada... :-)
** atas permintaan <strong>OO>, aku update kan sikit pasal restoran ancient yang aku citer tu, nama restaurant tu ialah Old China Cafe yang terletak dihujung jalan Petaling..walaupun nama cam tu tapi restoran tu serve halal food ye..so usah gusar kengkawan, foodnya kebanyakan ala-ala nyonya style...dah ancient kan, mesti la ada taste nyonya skit...makanan dia sedap, siap dia serve nasi yang kaler sebijik cam nasi kerabu...aku tanya kat orang tu cemana buat, pun lebih kurang macam kita buat nasi kerabu yang kaler purple tu, dorang campur dengan sejenis daun ke bunga ntah..yang akan mengeluarkan kaler purple (kalau nasi kerabu dengan bunga ye), pas tu ada kukus ngan serai..so mestilah baunya sungguh harum dan makan lak semestinya sedap hehehe...harga pun not bad...kalau nak rasa, cuba la ke sana...masa aku pegi tu majoriti yang makan ngan kitorang semuanya omputih and of course la china kan...ha dah bagi tau ni OO, bila kesana jangan lupa bagitau ok ke tak ye :-)
Tempat aku mencurah perasaan, pendapat, idea dan apa-apa lagi yang aku fikir...
Thursday, November 17, 2005
Tuesday, November 15, 2005
FIKIRKANLAH.....
BARU-baru ni dalam akhbar, ada menceritakan perihal menteri kesihatan yang buat statement, kerajaan termasuk agensi bukan kerajaan seperti MARA melabur berjuta-juta ringgit membiayai pelajar perubatan terutama di ireland, tapi dia bagitau...dorang ni bila dah dapat degree kedoktoran, taknak balik tapi lebih suka bekerja disana...
hmmmm...kenyataan tu sebenarnya banyak mengundang forum-forum terbuka yang secara tak langsungnya ada gak kat yahoogroup sekolah aku..aku bukan nak ulas kenyataan chua soi lek tu sebab aku tak suka kenyataan yang berbaur politik, nak cerita politik memang benda yang memuakkan aku, walaupun menurut apa yang aku baca, tak semua kenyataan itu benar belaka, kan aku dah kata, kalau politik mana ada 100% betul..tapi aku nak cerita apa yang dapat aku baca daripada forum-forum tak formal ni...banyak cerita yang diceritakan, banyak benda yang kita tak tahu jadi tahu..diceritakan sendiri oleh mereka, doktor-doktor yang bakal menjadi specialist yang sekarang ni memang sedang bekerja di hospital-hospital di ireland..dan juga komen-komen dari doktor-doktor yang setia dengan gomen..mereka ini adalah bekas anak MARA (aku tak tahu pasal lain-lain student yang pergi atas tajaan JPA atau sebagainya especially yang persendirian sebab aku sekolah MARA)
Bila keluar kenyataan tu, mereka-mereka ni jadi sedih...ada yang tuduh diorang ni mengabiskan duit kerajaan, tapi tak reti nak balik dan berbakti kepada tanah tumpah darah, tanah air sendiri, ada yang tuduh dorang ni tamakkan gaji yang lebih tinggi bila bekerja kat sana..pentingkan diri sendiri sebab nak kumpul harta cepat, tanpa fikir akan khidmat bakti yang perlu dicurah di tempat sendiri..tak kisah nak rawat bangsa asing asal dapat masuk poket sendiri lebih sikit daripada merawat anak bangsa tanpa memikirkan kepentingan diri dengan gaji doktor yang ciput kat sini..(aku refer pada hospital kerajaan ye...bukan swasta)
Ada satu luahan hati yang aku baca dalam forum tu, beliau memang seorang doktor yang sedang belajar lagi untuk menjadi seorang specialist...katanya..memang gaji kat sini lebih tinggi, tapi apa yang dicari sebenarnya adalah kepakaran yang belum tentu ada tersedia di Malaysia untuk beliau memperlengkapkan diri..kata beliau lagi, bila semua dah dapat dan dah lengkap ilmu didada..beliau akan pulang juga berbakti kepada negara...aku tak tau samada kat negara kita ni sudah ada kemudahan canggih untuk mereka-mereka yang ingin menjadi seorang doktor tahap tertinggi sehingga bergelar consultant ke apa sebab aku bukan doktor...entah sudah cukup ke kemudahan yang disediakan disini untuk pesakit terutama mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan pun aku kurang periksa..jadi fikirkan lah...sapa yang perlu fikir?..doktor yang bertugas ke? pihak kementerian ke?....hmmmm rasanya perlu jugak kita check mana perginya budget yang disalurkan kepada kementerian setiap tahun kan..ye la..kalau tak cukup mungkin boleh tambah lagi pada budget tahun depan....
Komen-komen dari kawan-kawan yang bertugas di hospital kerajaan pun aku baca dan renungi...rata-rata dorang ni memang gaji sikit..kalau rajin nak cari rezeki lebih sikit buat la part time kat mana-mana klinik (locum)..kalau tak, cukup-cukup makan je lah...sebab tu dorang ni pun teruja gak nak pindah berkerja di hospital swasta yang gaji boleh dapat 2 kali ganda...sebab tu ke doktor di hospital kerajaan sentiasa kekurangan...sekali lagi adakah sebab kemudahan yang melarikan doktor-doktor gomen ke hospital swasta yang lebih canggih tu?
Bila aku fikir...semua alasan ni bukan hanya berkisar pada kerjaya kedoktoran saja..tapi bagi aku, pada semua pekerjaan selagi ianya boleh dinamakan kerja...ada ke orang yang sentiasa puas hati dengan kerja, tampat kerja, gaji, beban kerja, even rakan sekerja..kata orang kalau tak suka dengan kerja..tukar la kerja..tapi mana tau kerja baru tu lebih bagus dari yang dulu..silap-silap lagi teruk..Aku dapat satu peringatan yang baik daripada satu luahan....katanya, cari kerja baru kalau tak suka dengan kerja lama..tapi bersyukur la dengan apa yang dapat...kalau malas nak cari kerja baru cuba la ubah cara kita bekerja tapi bersyukur la dengan apa yang kita ada...tak semua orang mampu buat apa yang kita buat dan begitu juga sebaliknya..tak semua benda kita boleh buat seperti orang lain buat...

Monday, November 14, 2005
SELAMAT KEMBALI
RASANYA aku la kut yang paling lambat sekali masuk ofis...hehehe tapi tak bermaksud aku raya sakan ye, pada aku raya tahun ni sama je macam tahun-tahun yang sudah..balik kampung, pegi umah sedara-mara, ngadap tv pas tu yang selalu dok buat ialah bersembang ngan ma dan adik beradik yang kesemuanya balik...masa ni lah yang paling best, kitorang cuma dapat betul-betul bersama kesemua beradik hanya bila hari raya..
Kebiasaan, kalau balik kampung..ada ramai tukang masak handalan selain dari ma (ni kak nor ngan kak ti la nih hehehe), so aku cuci tangan je la..ada kat dapur pun bukan masak tapi menyibuk sebab nak temankan dorang borak hehehe boleh?..tapi yang tak bestnya, hari rabu tu, ma mintak aku gorengkan keropok lekor, so first time la nak masuk dapur ni..tup tup masa tengah syok goreng keropok tu, ntah cemanan silap aku, tetiba keropok lekor yang kat dalam kuali tu meletup..apa lagi..kena minyak panas la tangan aku..adoiiii...sakitnya..ada lagi parut kat tangan ni ha..sampai sekarang ni cam berdenyut je tempat yang kena sakit tu..hmmm nak buat cemana, tu la, len kali jangan asyik nyibuk je kat dapur, tak pasal tangan aku berparut..hehehe accident dibulan syawal :-)
Balik Kl, semua orang tengah mode raya..mood cuti lagi so nak buat kerja pun malas..tapi aku lak..disebabkan cuti lama, kerja bertimbun-timbun...cam semua report nak kena siap cepat..apa nak buat, aku cuma kuli je..len la kalau aku bos ke, keje sendiri ke, tak keje ke..boleh la aku relax memanjang sambil berangan...ni kalau aku dok berangan je..ha sat lagi bos aku datang, padan muka aku..tak pasal-pasal lak dia duk tengok staf dia yang sorang nih..asyik dok termenung....bukan nak buat kerja..berangan je hehehe...
Kepada semua...selamat kembali menjalankan kerja seperti biasa, jangan curi tulang..kepada mereka yang berpuasa sunat syawal..selamat berpuasa...lepas ni boleh la buat open house kan, kira raya puasa enam..jangan lupa la ajak aku sekali hehehe...