Monday, September 25, 2006

HUJUNG MINGGU LEPAS...

KELAS ngaji buat jamuan hari sabtu sempena nak menyambut puasa..makcik kelas tu ramai-ramai masak serba sikit, nasi impit kuah kacang, mee hoon, pelbagai jenis kuih muih siap ada tapai pulut yang dibungkus dari daun getah…sedap hingga menjilat jari hehe…rugi waiem tak datang…aku call, dia cakap kurang sihat….portion waiem selamat dah masuk perut aku huhuhu

Lepas abis kelas, aku bergegas ke PWTC sebab ofis ada AGM kat situ…sampai dalam sebelum jam 11, tapi aku rasa aku dah tawaf PWTC tu dekat ngan 10 kali, langsung takde tempat parking yang aku boleh masuk, no choice…aku terus je ke jockey Pan Pacific hotel…lantak la, sapa suruh buat AGM kat PWTC yang at the same time ada banyak events terutamanya matta fair..selain dari tu ada mapex dan ada juga few events lain cam jualan murah dari fotokem….aku terus cari hr manager, bising kat dia pasal parking..lantak la berapa ringgit aku kena bayar, aku mesti dapat claim..nyusahkan aku je…ingatkan lepas agm nak jugak aku gi jenguk jenguk kat matta fair tu, mana tau ada package holiday yang murah-murah, boleh gak cuti-cuti hehe…tapi dah lepas agm abis kul 6 lebih tu, aku dah penat sangat..mana ingat nak balik prepare untuk makan sahur lagi pagi esoknya..so tak tercapai jugak la hajat aku….takpe la next time..lagipun orang ramai sungguh, walaupun ada dorang cakap-cakap, package kali ni, agak mahal banding ngan terdahulu…mungkin sebab kenaikan tambang kapal terbang dan macam-macam lagi yang jadi penyebab harga kali ni jadi camtu kut….tapi aku tengok, ramai jugak yang sibuk jek duk pilih destinasi pilihan….orang Malaysia ni, kalau ada fair besar-besaran cam ni, dorang mudah dipengaruhi untuk membeli sebab tu strategi sekarang ni, adakan fair besar-besaran cam ni, kumpulkan sebanyak mana business yang sama, mesti akan ramai yang datang, akan ramai yang dipengaruhi untuk membeli walaupun banyak rungutan kata gaji tak cukup untuk menampung beban kenaikan harga…..

First day puasa, lepas kelas, has ajak aku pegi temankan dia ke jalan TAR…since kelas ngaji dekat je ngan tempat tu, so dia tunggu aku kat kedai kain yang dijanjikan. Wahhh tak sangka aku, walaupun baru hari pertama puasa, orang punya la ramai kat situ…agaknya sebab kebetulan hari minggu, jadi dorang ambil kesempatan la kan nak shopping awal-awal…aku nih memang suka buat keje last minit, tu yang terkejut tengok orang dah awal-awal prepare, last year…lagi dua tiga hari nak balik kampong, aku baru sibuk cari baju melayu ngan baju kurung, end upnya…susah betul nak jumpa sebab takde saiz yang sesuai…beli je la yang ngam-ngam…bila dah hari raya haji, langsung takleh pakai sebab dah tak muat muahahaha..uiks..2 bulan gap pun boleh membesar sampai camtu….so tahun ni, taknak la jadi cam last year..aku pun kena ikut cam dorang ni, beli awal-awal…

Aku ada pesanan buat teman sepengajian hehehe (sapa tu ekkkkk? hahaha)…ustaz pesan, dia cakap kalau boleh untuk iqraq yang baru ni, jangan la ada yang tinggalkan kelas sebab ustaz cakap, bagi dia ini adalah iqraq yang paling penting sebab ada banyak hukum dan tajwid, kalau iqraq yang terdahulu pun ada tapi yang ni lagi detail pengajaran dia..lagi satu dia bilang, lepas abis iqraq ni, sebelum dapat naik ke iqraq seterusnya dia akan buat ujian huhuhu….ada yang tanya…kalau tak lulus takleh baca iqraq baru ke ustaz?..dia cakap…belum fikir lagi cemana hahaha dan juga…sampai je ke muka surat 20 yang ada petikan surah tu, dia takkan cakap apa-apa, suruh kita baca je samada kita gunakan tak segala hukum dan tajwid yang kita belajar hehehe, kalau kita tak datang hari ni, esoknya dia akan suruh kita baca, kalau tak, minggu depannya pulak sampai la semua orang akan mesti kena baca…tiada yang dapat terlepas muahahahaha….dan last sekali juga, bila-bila masa….ustaz akan tanya setiap sorang satu baris ayat dan apa hukum atau tajwid yang terdapat pada ayat tersebut huhuhu..mencabar tak? hahahaha…sendiri mau ingat beb….

Thursday, September 21, 2006

SEBELUM...

SINCE puasa semakin mendekat, aku cuba untuk selesaikan mana-mana kerja yang memerlukan aku tidak berada di ofis, so last week aku outstation..sebab tu la tidak berupdet ye…bukan malas tau..tapi sekarang pun cam takde mood nak updet, aku malas nak cerita tentang isu semasa yang maha berat, yang walaupun aku sedikit tahu tapi tak sanggup nak bincang….blog aku hanya la tentang cerita ringan yang aku sendiri enjoy nak baca hehehe…so pada SB, tiada guna singgah ke sini kalau hanya tujuan ingin mencari maklumat…and by the way…dorang nih memang ada browse tau sebab kawan aku yang ada blog dah tunjukkan kat aku sapa yang dah tengok blog dia…and guess what, satu tu dari bukit aman huhuhu…..

Disebabkan ada orang outstation, jadi bermula dengan selasa malam tu, aku cuba untuk memenuhi beberapa ajakan teman yang nak jumpa sebelum puasa…ok jugak la kan, bulan puasa aktiviti outing mesti dikurangkan hehehe…betul ke?..so aku jumpa sorang teman sekolah yang dah hampir setahun tak jumpa walaupun ada sekali sekala bertanya khabar, walaupun plan nak berempat, end up hanya berdua…tapi seronok sangat boleh cerita hal masing-masing…cam updet plak hahaha…dengar kisah dia mengerjakan umrah, cerita yang timbulkan kesedaran dan ada juga cerita yang nakal hehe..kat mekah pun boleh jadi jugak kan hmmmm…

Semalam, turn aku ngan geng biasa pulak bertemu setelah last kitorang jumpa adalah masa ke hatyai aritu hehe…kiranya kitorang jumpa ni cam nak ala-ala bernostalgia pasal hatyai la muahahaha…maklum la tak tahu lagi bila nak jejak ke sana setelah apa yang berlaku baru-baru ini…

‘Malam ingatan Hatyai’ muahahahaha…dimulakan dengan menonton wayang citer siam lagi hahahaha….ghost game…giler citer ni bukan sebab seram sangat tapi sebab suka buat aku jerit dalam panggung tu muahahaha…macam-macam pesen orang tengok citer seram ni tau siap ada yang ala-ala intai balik jari-jari dan ada tu yang ambik tudung buat filter muahahaha..kelakar tak…aku gak yang menten tak cover apa-apa sebab tu aku paling kuat jerit muahahaha…lepas abis wayang, geng gerak pula ke satu restoran yang tempatnya memang buat aku geram sebab tempat tu memang buat aku sesat barat walaupun berada betul-betul di golden triangle of kuala Lumpur muahahaha….memang la dorang ni saja jek cari tempat camtu, nasib baik la makanan sedap, kalau tidak mau aje aku balik kalau tak jumpa carik dorang hahaha…

Lepas dah beberapa kali dapat sms peringatan huhuhu…aku pun dengan berat hati bagitau kat geng yang aku mesti balik…kalau tak, sure takde can la nak buat apa yang aku buat semalam, siap ada yang dah nak merajuk dah..tapi rasanya..tak merajuk kut sebab apa je permintaan aku dah tunaikan…..betul tak?..kalau merajuk gak tak tau la..sepatutnya aku yang merajuk panjang…..eh ape aku melalut ni ekkk muahahaha...abaikan je la ye

Ada satu lagu best yang liriknya aku nak share, cuba cari mp3 lagu ni tapi kejap je aku dah give up, so pepandai ler korang carik sendiri kalau nak dengar hehehe…

Selamat berpuasa semua semoga usaha untuk menambahkan amal dan pahala digandakan pada bulan yang mulia ini…..ada orang tu arini last puasa ganti kan hehe…ko dapat raya satu hari lepas tu ko puasa lagi tau hahahaha…..

Menatap indahnya
Senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam
Dan terpaku

Mengerti akan hadirmya
Cinta terindah
Disaat kau peluk
Mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh jiwa ragaku
Kuingin kau tahu
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Tercipta untukku - ungu

Tuesday, September 12, 2006

SERONOK YANG SAKIT...

SEGALANYA bermula dengan baik dan lancar..perjalanan yang tidak terduga ku rasa begitu seronok..walaupun pada mulanya aku menolak pelawaan teman-teman, tapi kali ini aku biarkan saja..lagipun hati rasa seronok dapat buat baik pada seorang ahli keluarga..so apa salahnya…

Since lawatan aku ke Hatyai ni memang dapat tau pun last minit, so takde la aku bagitau sesapa kecuali kak aidid hehe…pas tu kitorang pun siap plan nak jumpa kat sana and kak aidid pulak tak bagitau pun kat sesapa konon nak surprise muahahaha….

Nasib baik package ni lebih kepada free n easy, so aku ngan kak tie dah plan nak jumpa kawan dia, yang memang orang sana…senang sikit nak berjalan lagipun member ada kereta, jadi takyah la naik tut tut atau teksi..selamat sikit…dari lepas breakfast kitorang ronda sampai la ke petang….kak Julia ni memang baik sungguh, sanggup temankan ke mana saja sambil tu dia cakap, lain kali kalau datang kena pegi rumah dia yang terletak dikawasan peranginan Satun…wahhhh bestnya..apa lagi aku ngan kak tie pun mula la plan yang bukan bukan hehe….

Lepas dah berjalan satu hari, ada je la lagi yang nak beli, so sampai je hotel, buat apa-apa yang patut, terus kitorang keluar lagi hehe..sampai sanggup skip dinner yang dorang dah aturkan..lagipun aku nak jumpa kak aidid ngan geng, jadi tak kesah la….lepas dah beli barang sikit-sikit, kitorang pun singgah la kat satu stall makanan islam yang jual macam-macam jenis makanan…aku pesan kuetiau sup, kuetiau goreng, kerang rebus, pulut mangga, pulut durian, chicken wing…haaaa imejin, berapa banyak makanan aku oder hanya untuk makan 2 orang muahahaha…..nanti aku ceritakan akibatnya huhuhu…

Sesambil makan tu, aku dok tunggu kak aidid, mana la pulak, tadi sms cakap dah dekat, rupa-rupanya dorang stuck kat satu stall yang jual jersey bola…hmmm apa lagi kan, taksah la kalau tak membeli, finally bila jumpa dorang, yang lain-lain…kak iffa, abang shalim, lan, waiem n sempoii punya la tekejut sebab tengok aku ada sama kat situ hahaha…dorang punya la suspen kawan mana la kak aidid nak jumpa muahahaha…kecoh betul kitorang borak tak hengat kat situ sampai kak tie dah tak larat, balik hotel dulu, so tinggal aku ngan dorang dok borak lagi, lepas dah minum..sempat lagi singgah gerai-gerai kat situ…lepas tu posing-posing kat situ mengalahkan orang buat penggambaran filem pulak muahahaha….sampai la abang shalim dah tak larat ajak balik sebab esoknya dorang nak pegi pasar pepagi..maklum la nak serbu satu kedai ni yang bukak setengah jam je mengikut kata kak aidid huhuhu…dorang tak sampai ati nak tinggalkan aku sorang-sorang kat situ so naik la sama tut tut sampai ke hotel aku hehehe…

Sampai bilik dah dekat jam 2 pagi, aku dah rasa perut cam semacam…aku pikir sebab aku makan banyak sangat so mungkin aku terlampau kenyang kut….tup tup…2 jam lepas tu aku terjaga..rasa perut aku sakit sangat dan lepas tu bermula la episode ngeri bila aku rasa aku dah terkena keracunan makanan…

Keesokan hari walaupun aku dah rasa semacam, tapi nasib baik la aku boleh control lagi dan nasib baik jugak sebab aku dah nak balik KL. Sampai KL je, aku rasa badan aku dah tak bermaya, kat rumah keadaan aku makin teruk, mulanya aku malas nak pegi klinik sebab aku ingat bila aku minum 100 plus dah boleh baik la…tapi bila aku dah lepak kat tepi toilet bowl..muntah-muntah sampai air jek yang keluar, apa lagi terus ayip bawak aku jumpa doctor, dah dekat jam 12 malam, nasib baik doctor ada, terus dia bagi aku 1 jab, balik aku makan ubat…aku rasa itu la tidur aku yang paling best sekali hehehe..esoknya aku mc..ayip tanya aku nak pegi hatyai lagi ke?...dengan selambanya terus aku jawab nak….muahahahaha…...memang tak serik hehe