Wednesday, September 28, 2005

SELAMAT HARI LAHIR IZZAD DANIELL

ENAM tahun yang lalu...pada waktu ini, aku kat dalam ward kat Ampang Puteri Medical Centre..hmmm as usual, Dr. Jemilah (sekarang Datuk)..mesti tengok muka masam aku sebelum aku ambik epidural...hehehe sorry la ye doc..dah memang sakitkan, nak buat cemana..memang ayip dah janji, kalau aku pregnant lagi, dia takkan bagi aku rasa labour pain pun (macam la masa ammanda dulu, aku rasa pun..apa taknya..epidural kan ada ahakkksss)..so epidural je la penawarnya...

Dah dapat tu, relax je la..siap kul 12.00, ayip belikan aku macam-macam makanan.... ye lah dia cakap..nanti aku dah tak leh makan macam-macam untuk masa yang lama, tak larat dia nak dengar aku bebel..so belikan je la..nasib baik ma ada masa tu..so ma la yang temankan aku makan..

Dah dekat dalam pukul 2.00pm tu, midwife datang kat aku..bawak gi labour room..ohhh..it's time already, masuk je labour room..Dr. jemilah datang dan pecahkan waterbed..dia cakap, ok la dalam 1 jam lagi selamatla...hmmm pandai betul dr. tepat pukul 2.56pm, Izzad Daniell pun selamat dilahirkan dengan berat 2.85kg..kurang sikit dari Ammanda (mana taknya..aku takut perut aku besar sangat..so makan pun beringat je hehehe)..masa baby keluar, ayip tetiba cam terasa pening..tapi sebab dr. jemilah dah bagi tugas potong tali pusat..dia cerita, dia gagahkan jugak buat tugasan dengan cemerlang..nasib baik dia tak sambut baby as suggested by dr...kalau tak..hmmm tak taulah apa dah jadi lepas tu...

Izzad baby yang paling senang sekali aku nak jaga...tak nangis malam, siang tidur je..memang tak banyak kerenah compare dengan girl..tapi sejak 6 tahun ni, aku rasa dia paling manja...kakak brutal je, dia ni siap ada bantal busuk yang dia panggil pupu...tidor mesti nak cium pupu, aku ingat ada sekali tu pupu dia tertinggal dalam bilik aku, jenuh dia telefon aku kat ofis, suh balik bukak pintu bilik aku sebab dia nak ambil pupu dia..hehehe..last-last ayip yang balik..see..sapa yang manjakan terlebih..bukan aku kan..tapi ayip selalu claim, izzad baby manja mama..ye la..apa saja la...dia memang attached ngan aku sikit compare dengan ammanda yang mesti nak menepek je kat ayip, sampai la sekarang ni...

sempena hari lahir izzad yang ke enam ini, aku berharap agar anakku akan membesar menjadi seorang yang bertanggung jawab, mendengar kata kedua ibu-bapa, sentiasa berfikiran positif dan ada semangat juang yang tinggi..wahhhh tingginya harapan aku..tapi rasanya semua parents akan rasa macam tu pada anak-anak..aku tak terkecuali..pagi tadi, Izzad nangis tak nak gi sekolah..sebab dia nak ajak aku gi beli kek..alahai manja mama...nanti petang, mama belikan kek yang paling best, boy boleh pilih nak yang macamana ok..tapi hari ni mesti sekolah dulu, then baru boleh dapat kek best....

selamanya aku akan rasa izzad masih lagi seperti baby yang mula-mula keluar dan diletakkan diatas perut aku..terasa kehangatan dan serta-merta aku rasa ada aliran kasih yang mendalam....

Tuesday, September 27, 2005

MASIH BELAJAR.....

KITA lupakan saja la apa yang terjadi hujung minggu lepas..aku hanya harap ianya menjadi pengajaran kepada pihak yang berkenaan..next time kalau nak tiru sangat rancangan dari negara barat...kena la tengok atau buat la survey dulu kan..masyarakat kita camna, kena la ambik kira rakyat yang berbilang kaum ni..bukannya main tiru je..orang ada rancangan bagus..nak buat jugak..last-last bagus ke...

ermmm..banyak jugak perkara yang terjadi pada minggu lepas..sepertinya hari ahad aku temankan dorang gi Sepang..panasnya..tak yah cerita la, tapi kalau dah gi dengan fanatik..cakap pun tak guna la kan..dorang nampak relax je discuss pasal moto..yang aku lak..hmmm, nasib baik la dah beli food..kira ok la, so aku makan dan minum..

tapi aku geram jugak dengan orang Malaysia ni..nak kata tak educated, malas dan apa benda lagi yang negatif..cepat je melenting..tapi sebenarnya tu lah hakikat..aku geram bila dorang yang menonton ni..bawak bekas minuman atau bekas makanan sama-sama, tapi bila nak balik kenapa tinggalkan je kat situ..takde kesedaran sivik ke nak bawak keluar sampah tu dan letakkan ke tempat yang sepatutnya...hmmm..aku lupa lak yang matapelajaran sivik atau tatarakyat dah lama tak diajar kat sekolah..patut la...susah betul nak ajar orang yang 'pandai' kan..semua sama je..baik yang remaja mahupun yang ada bawak anak-anak..aku pun cam wonder jugak..yang ada anak-anak ni..tak kisah pulak buat selamba depan anak buang sampah merata-rata ye..sebab aku bagitau ni..kalau aku la, mesti dah kena ngan ammanda atau izzad..dorang akan selambanya tanya aku cam ni.."mama..boleh ye buang sampah kat mana-mana?"..tak pun dorang akan cakap macam ni "mama..kat sini takde dustbin ye nak buang sampah"..haaa camana nak jawab tu..sampai bila kita nak educate orang ramai tentang kesedaran sivik aku pun tak tahu...nampak macam tak jalan je..kalau yang ikut pun berapa kerat la sangat..bagi aku senang je..kita sepatutnya beringat..tunjuk contoh kepada orang yang terdekat dengan kitakan..entah la..aku pun dalam proses belajar..dan aku mengaku tak semua pun aku ikut..tapi..entahla..

so last week, walaupun Rossi dapat tempat kedua..tapi dia dah disahkan menjuarai motogp buat kali ketujuh kalau tak silap..F1 pulak, walaupun Montoya juara tapi rasanya Alonso akan menjadi pemandu termuda memenangi kejuaaran tahun ini...Peminat bolasepak tempatan terutama penyokong Selangor bergembira sebab Selangor menang...

Saturday, September 24, 2005

EXPECT THE UNEXPECTED?

SEMALAM...memang boring abis, tak tahu nak buat apa..selalunya kalau malam je, pukul 8.30 malam aku dah ngadap tv8 tengok cerita favourite korea aku..tapi semalam dah abis la pulak..rupa-rupanya..Malaysian Idol Final...hmmm...memang aku langsung tak ikut MI ni, kalau kebetulan tertekan channel masa jumaat malam tu, ada la aku tengok..kalau tak, aku pun tak tahu dah sampai final hehehe...

since aku pun boring takde cerita best nak tengok, aku ambik keputusan nak tengok la final ni...so 8.30 tu start dengan red carpet session la kononnya...hmmm..apa yang dapat aku simpulkan..even artis pun macam kurang bagi sambutan sebab yang ada tak ramai pun datang..mungkin dorang yang lebih glamer ada banyak dinner show atau jemputan lain yang lebih penting dan semestinya bukan free sajakan...

wah..kat dalam stadium memang ramai..ok jugak la nita ngan daniel punya penyokong..macam sama rata..tu yang pengkritik cakap..saingan memang macam sama, so tak boleh nak pastikan siapa yang akan menjuarai MI kali ni..persembahan dimulakan dengan 'king of falsetto' hehehe..jangan gelak tau..ni bukan aku yang bagi gelaran ni..tapi aku pun tak tahu sapa....lagu baru untuk MI 'mimpi' ditulis oleh Pot dari kumpulan Innuendo...aku suka lagu ni..tapi kalau dah daniel yang nyanyi..tak reti nak bagi komen..yang aku tahu dia memang tak jaga pitching...tapi lantak la kan..janji fan dia terhibur..waktu final bukan masa untuk kritik pitching ke apa kan. tu jugak yang aku dapat rasakan pengkritik fikir malam tu..semua bagi komen postitf..ok la tu..

lepas daniel, nita keluar dengan lagu berhenti berharap..ni lagu pilihan pengkritik..kata nita dia tak tahu kenapa dorang pilih lagu ni tapi mungkin pengkritik suka dengan persembahan masa peringkat spectacular tu kut, nita nyanyi memang lebih baik dari daniel, walaupun aku kurang suka lagu tu dikerat-kerat...masa tu jugak teringat si anak ikan kak aidid, kefli...hmmm aku rasa malam di putrajaya tu lagi best hehehe..

lepas tu daniel muncul lagi dengan lagu heaven knows..hmmm i rest my case la..memang aku tak reti dah nak komen apa budak daniel ni...agaknya sebab aku terlampau khusyuk sangat mendengar..sampai bila aku sedar tu...dorang dah habis nyanyi 3 lagu masing-masing...laaaaa tertidur la pulak..hehehehe..see betapa tak terhiburnya aku dan betapa hambarnya final Malaysian Idol kali ni...so please la 8tv, for the next MI, if any...buat la pemilihan peserta yang sesuai dan betul-betul boleh membawa cabaran negara sekiranya ada World Idol...

Aku switched off tv, pas tu sambung tidur..lagi baik..harap-harap dapat mimpi gapai bintang lagi baik hehehe :-)