Friday, June 30, 2006

KARENA WANITA (INGIN DIMENGERTI)

Lekuk indah hadirkan pesona
Kemuliaan bagi yang memandang
Setiamu symbol keanggunan khas perawan
Yang…kau miliki

Akulah pengagum ragamu
Tak ingin kumenyakitimu
Lindungi dari sengat dunia yang
Mengancam…nodai…sucinya lahirmu

Karena wanita ingin dimengerti
Lewat tutur lembut dan laku agung
Karena wanita ingin dimengerti
Manjakan dia….dengan kasih sayang

Ingin kuajak engkau menari
Bermandi hangat cahaya bulan
Sebagai tanda kebahagiaan
Bagi semesta cinta kita

Bintang terang itulah dirimu
Janganlah redup dan mati
Aku dibelakangmu memeluk dan menjagamu…

ADA BAND

Aku tau hari ni bukan hari wanita, tak sure pun bila agaknya..sapa-sapa yang tahu boleh beritahu ya…tapi bila aku dengar dan hayati lirik ni, macam best sangat…kalau lirik dia best, lagu dia lagi best…terasa sebagai wanita sangat dihargai…dan aku rasa itu lah yang sepatutnya kita lakukan…wanita seperti ibu, isteri, kekasih dan kawan…mereka perlu dihormati kan….bagitahu kat aku sapa yang tiada rasa hormat dan kasih pada ibu?....memang neraka je la balasan pada anak-anak yang derhaka ini…..sapa yang tak cinta pada isteri?....walau cinta berubah sekalipun jangan dianiaya para isteri yang setia, siapa yang tak rindu pada kekasih dan hormat pada kawan?....wanita sangat setia kalau berkasih…janganlah diracun kepercayaan yang diberikan…..wanita seorang kawan pendengar yang setia….janganlah dipermainkan persahabatan atas kepentingan sendiri….

Bila dengar lagu ni, aku teringat balik berita-berita yang aku baca….kekasih dibunuh dengan kejam…seorang wanita yang sarat mengandung dilanggar dan ditinggalkan begitu sahaja…wanita didera dan dianiayai…apsal boleh jadi sampai macam tu?..apa saja kesalahan yang dilakukan oleh mereka itu sehingga berakhir dengan peristiwa yang tragis?...kalau lihat pada lirik…wanita hanya ingin mereka faham perasaan, diberi perhatian dan yang penting kasih sayang…itu saja…susah sangat ke nak penuhi semua tu?..tapi bila difikir..susah la kot..sebab tu in real life tak semua jadi macam tu…..siapa lah aku nak menghukum pada setiap kejadian…Cuma yang boleh aku lakukan…ambil iktibar dari setiap kejadian…aku pun bukan nak bahaskan kenapa terjadi perkara seperti yang telah terjadi….cuma aku nak beritahu…..seperti yang dilagukan….hargailah semua WANITA….

Thursday, June 22, 2006

CITER YANG TAK MENARIK...

YE…..tau…dah lama tak berupdet…bukan disengajakan tau, tapi tahu saja la kalau dah banyak keje sampai tak terkejar..mana ada masa lagi nak pikir nak updet blog….aku rasa kalau aku tak busy, memang tetiap hari aku akan cuba tulis…tak kira la menda apa, janji ada something yang aku boleh tulis, tapi kalau dah tetiap hari citer pasal keje je, boring lak kan….nak tulis benda-benda yang ilmiah….aku ngaku selain dari yang related ngan keje aku, takde satu benda ilmiah pun yang aku baca jauh sekali mengkaji hehehe…terasa cam berkarat lak otak aku muahahaha….

Balik umah pun buat routine yang sama je….masak, tengok tv, tido…in between masa tu lah nak borak ngan budak-budak atau nak bermanja ngan emmir hehehe..ohhh sebelum tu aku nak mintak maaf kat kak aidid ngan sempoii hehehe…anak aku yang umur baru 2 setengah tahun brutal sangat sampai dia buleh buli anak-anak dorang ni yang jauh lebih besar dari dia sampai nangis budak-budak tu hehehe..sowi arrrr u ols, sebenarnya…anak aku tu excited terlebih nak berkawan tapi dia nih memang tak reti nak bersosial tak macam mama dia hahaha….tu yang brutal semacam (tu pun ikut mama dia jugak kut hahaha)..so jangan serik tau u ols hehehe…

Pun nak ucap terima kasih kat kamu, kamu dan kamu muahahaha….kerana menceriakan weekly konsert aku..memang cam terasa kat konsert je, tapi aku terasa cam aku makcik yang jual burger, bukan penonton sebab sibuk mundar-mundir muahahaha…kepada bat88 (takleh komen kat blog ko beb hehehe)..take care ye, ko tuh dah jauh kedepan tinggal aku, tu yang tak larat kejar tu muahahaha….kepada semua..selamat berhujung minggu..

Thursday, June 15, 2006

BIASA SAJE...

TAK sempat nak updet sebab busy tahap terlampau muahahaha….dah la takde ka opis kan pas tuh laptop lak buat hal, masuk bengkel gak (ingat aku je pegi bengkel, laptop aku pun ikut sekali hehehe)…so bertambah malas la nak bukak internet kat umah….

Minggu lepas, aku ngan 2 orang member bawak anak-anak memasing pegi tengok movie citer Cars….wahhhh hari tu cam ada rombongan sekolah tadika lak jadiknya…terus cam terasa nasib baik ler tak keje jadi cikgu tadika, kalau tak mau aku jadik giler muahahaha..tak terlarat nak layan budak-budak kalau dorang dah geng hehehe…citer cars ni best sangat, amat disarankan kepada mak-mak dan bapak-bapak bawak anak-anak korang pegi tengok citer ni, kira cam banyak moral of the story….sampai ada kat few scenes tu, mata aku cam bergenang jugak ler sebab sebak dan terharu, ehhhh apa ler citer katun pun aku leh hiba camtu..tapi betul…best sangat..

Sepanjang minggu asyik tengok bola je keje aku, ada orang tuh lepas je pasukan itali abis main lam jam 4 lebih pagi tu, terus sms aku muahaha…esoknya..giliran aku lak sms dia lepas brazil abis main..nasib baik menang, tapi brazil main tak sepenuhnya, lagipun croatia punya pertahanan main bagus gak dan dorang berjaya kawal pemain brazil..kira cam ronaldo aku leh kira berapa kali dia dapat bola, last-last baik ler dikeluarkan..buang tenaga je hehehe….semalam aku tengok spain ngan Ukraine, rasa cam tak puas hati kat pengadil tu pegi layangkan kad merah dan bagi penalty sebab bila replay aku tengok cam takde pun berlaku kekasaran yang sampai boleh dapat kad merah…ntah hapa-hapa ntah pengadil tu…apa-apa pun..let’s enjoy world cup sementara masih ada….ole ole ole ole…..errrr AF, takleh nak recap sebab aku tak tengok diari minggu ni, lagu dorang pun aku tak tahu hehehehe…