Friday, September 29, 2006

NIDJI...

TENGOK pada tajuk, jangan ingat aku nak citer pasal something kat jepun ke atau nama baru sejenis kueh untuk raya ke apa ye…tiada kaitan langsung dengan menda-menda tu semua…sebenarnya itu nama satu band dari seberang hehehe..Indonesia la

Aku baru dapat cd ni dari teman yang memang tak letih-letih dengan kerenah aku….asal mention nak balik sana je, ada je menda yang aku suruh dia beli dan selalunya, cd lagu la yang jadi menda wajib…so entry kali ni aku nak citer sket pasal cd band ni, daripada aku citer pasal makan ke, pasar ramadhan ke (param) muahahaha…yang dalam bracket tu singkatan ye..ada citer lucu pasal ni…kengkawan sibuk le citer param sana param sini..yang aku ni, fikirkan param tu ialah satu kedai makan dan dalam hati, siap cakap..wahhhh bagus sangat kedai makan param ni sebab banyak sangat cawangan kedai dia muahahaha…..yang bestnya aku siap tanya lagi kengkawan, param tu apa…dorang gelak tak sudah kat aku hahahaha..see….betapa aku tersangat naïf…ok balik pada cerita cd ni, overall aku sangat suka ngan lagu-lagu yang ada…daripada 10 lagu, ada 4 lagu inggeris, 5 lagu bahasa melayu Indonesia la kan dan 1 lagu ni mix, malay and English…

Aku tak reti nak citer pasal musik atau arrangement yang dibuat..tapi aku suka vocal penyanyi…Cuma bila nyanyi lagu inggeris, of course la slang indo tu ada kan, cam jugak kalau penyanyi kita yang melayu nyanyi lagu omputeh la…tapi aku langsung tak kesah pasal tu..dah memang kalau dah lidah orang melayu yang bahasa pertuturan harian adalah bahasa melayu, …so what kan…apa ada dengan bahasa asing dan tak perlu la nak agung-agungkan bahasa lain….errrr apa lak tetiba aku tersasar ni kan…ok citer pasal lagu…antara lagu omputeh yang ada aku paling suka dengan lagu disco lazy time, music dia best cam ala-ala 70’s pun ada, kalau lagu melayu lak, semua aku suka, antara yang paling aku suka ialah kau dan aku…so kat sini aku sertakan 2 lirik utnuk lagu ini errrr mp3 cari sendiri ye…tak larat nak cari sebab aku ada cd muahahaha

Disco lazy time

Wake me up tonight
Drive me to the town
Sleep with me tonight
She’s my lonely wine

Nothing is forever
Nothing is for real
Do you have to leave me
Why don’t you just kill me

If time is the loneliest people
Then life is the loneliest time

This is disco laziest time
I want you
I need you

I want you
I need you
This is disco loneliest time


Kau dan aku

Jika kau dan aku
Jalannya telah berbeda
Haruskah kita berharap
Langit kan beri jawaban

Walau hanya satu kata
Penuh makna
Pastikan kita bisa
Dengarkan suara hati

Kau dan aku selalu
Untuk selamanya
Kau dan aku selalu
Untuk bersama

Cinta kita sama
Walau rintangan melintas
Satukan harapan
Demi kau dan aku dimasa depan

Kau dan aku selalu
Untuk selamanya
Kau dan aku selalu
Untuk selamanya

Wednesday, September 27, 2006

MINGGU DEPAN BELUM TENTU...

SEJAK keje di bulan puasa, aku ambik half day cuti, nak balik jalanraya lapang dan tenang, takde kesibukan kereta yang mengejar masa untuk balik pada waktu sebelum berbuka…siap sempat buat macam-macam menda yang dah lama plan tapi tak sempat nak buat contohnya semalam aku pegi buat facial hehehe..hari isnin pegi jumpa tailor, konon nak ambik baju, tapi sudahnya takleh ambik sebab kena alter lagi baju tu…ini adalah komen tailor aku

“haiya….macam mana badan manyak kurus..itu hari datang u punya ukur ini macam, hari ini saya mau ukur u punya badan….u tengok manyak kecik ni…ini baju saya kasi kecik sikit, tak cantik maaaa u pakai, baju manyak besar..errrr..apsal u manyak kurus sikalang?...ini lagi puasa nanti lagi kurus wooooo”

hehehehe…..cemana aku nak jawab, sengih je la kan, tapi sebenarnya, aku ada problem gak…baju-baju yang aku baru beli ikut saiz lama, sekarang ni bila pakai jadi cam baju pinjam plak muahahahaha…..kalau murah tu aku tak kesah la gak, tapinya kalau dah semua baju liz clairborne, east India, esprit, guess cam besar gedabak….sedih la pulak huhuhu…hari tu aku beli jeans punya la banyak, yang aku paling suka, levi’s ngan guess…nampaknya kalau aku tak pakai belt, memang leh jadi kejadian yang tak diingini muahahaha…ada satu jeans tu, ntah cemana aku leh terbeli ntah..memang aku langsung takleh pakai…besar sesangat….baju-baju lain cam baju kurung pun sama la, aku rasa cam pakai baju pinjam jek hahaha…so sekarang ni memang cam terasa dilemma …sekarang ni, aku memang ada beli banyak baju..tambah-tambah masa gi hatyai hari tu pun aku borong jugak serba sedikit, baju kurung pun aku dah tempah…cuma sekarang masalah sure lambat dapat sebab orang semua sibuk siapkan baju raya dulu,,,so kepada sesiapa yang nak merasa kurus atau akan kurus sedikit hari lagi *ketis poii*, kena la siapkan awal-awal beli baju yang saiz kecik…ataupun jangan shopping gegila sangat sekarang sebab nanti nyesal kalau terbeli baju besar sangat hehehe..cam aku ni, baju masa aku beli kat US dulu tu pun ada lagi yang aku belum pakai….dan terasa cam besar je hahahaha…padan muka kan…..

So minggu ni, aku masih belum jejak kaki ke pasar ramadhan sebab bila cuti tu aku sempat balik untuk memasak…orang kat rumah pun cam senang hati je sebab makan pun best ..mana taknya..menu masakan bagi aku menyelerakan la…semua ikut taste aku sebab bulan puasa aku nak makan kebanyakkannya masakan ma, tapi since takleh balik, so aku banyak masak lauk pauk dari pantai timur ler hehehe….tapinya tunggu je la minggu depan…merasa la kekdahnya ke pasar Taman Tun atau Kg Baru je la hehehe

Monday, September 25, 2006

HUJUNG MINGGU LEPAS...

KELAS ngaji buat jamuan hari sabtu sempena nak menyambut puasa..makcik kelas tu ramai-ramai masak serba sikit, nasi impit kuah kacang, mee hoon, pelbagai jenis kuih muih siap ada tapai pulut yang dibungkus dari daun getah…sedap hingga menjilat jari hehe…rugi waiem tak datang…aku call, dia cakap kurang sihat….portion waiem selamat dah masuk perut aku huhuhu

Lepas abis kelas, aku bergegas ke PWTC sebab ofis ada AGM kat situ…sampai dalam sebelum jam 11, tapi aku rasa aku dah tawaf PWTC tu dekat ngan 10 kali, langsung takde tempat parking yang aku boleh masuk, no choice…aku terus je ke jockey Pan Pacific hotel…lantak la, sapa suruh buat AGM kat PWTC yang at the same time ada banyak events terutamanya matta fair..selain dari tu ada mapex dan ada juga few events lain cam jualan murah dari fotokem….aku terus cari hr manager, bising kat dia pasal parking..lantak la berapa ringgit aku kena bayar, aku mesti dapat claim..nyusahkan aku je…ingatkan lepas agm nak jugak aku gi jenguk jenguk kat matta fair tu, mana tau ada package holiday yang murah-murah, boleh gak cuti-cuti hehe…tapi dah lepas agm abis kul 6 lebih tu, aku dah penat sangat..mana ingat nak balik prepare untuk makan sahur lagi pagi esoknya..so tak tercapai jugak la hajat aku….takpe la next time..lagipun orang ramai sungguh, walaupun ada dorang cakap-cakap, package kali ni, agak mahal banding ngan terdahulu…mungkin sebab kenaikan tambang kapal terbang dan macam-macam lagi yang jadi penyebab harga kali ni jadi camtu kut….tapi aku tengok, ramai jugak yang sibuk jek duk pilih destinasi pilihan….orang Malaysia ni, kalau ada fair besar-besaran cam ni, dorang mudah dipengaruhi untuk membeli sebab tu strategi sekarang ni, adakan fair besar-besaran cam ni, kumpulkan sebanyak mana business yang sama, mesti akan ramai yang datang, akan ramai yang dipengaruhi untuk membeli walaupun banyak rungutan kata gaji tak cukup untuk menampung beban kenaikan harga…..

First day puasa, lepas kelas, has ajak aku pegi temankan dia ke jalan TAR…since kelas ngaji dekat je ngan tempat tu, so dia tunggu aku kat kedai kain yang dijanjikan. Wahhh tak sangka aku, walaupun baru hari pertama puasa, orang punya la ramai kat situ…agaknya sebab kebetulan hari minggu, jadi dorang ambil kesempatan la kan nak shopping awal-awal…aku nih memang suka buat keje last minit, tu yang terkejut tengok orang dah awal-awal prepare, last year…lagi dua tiga hari nak balik kampong, aku baru sibuk cari baju melayu ngan baju kurung, end upnya…susah betul nak jumpa sebab takde saiz yang sesuai…beli je la yang ngam-ngam…bila dah hari raya haji, langsung takleh pakai sebab dah tak muat muahahaha..uiks..2 bulan gap pun boleh membesar sampai camtu….so tahun ni, taknak la jadi cam last year..aku pun kena ikut cam dorang ni, beli awal-awal…

Aku ada pesanan buat teman sepengajian hehehe (sapa tu ekkkkk? hahaha)…ustaz pesan, dia cakap kalau boleh untuk iqraq yang baru ni, jangan la ada yang tinggalkan kelas sebab ustaz cakap, bagi dia ini adalah iqraq yang paling penting sebab ada banyak hukum dan tajwid, kalau iqraq yang terdahulu pun ada tapi yang ni lagi detail pengajaran dia..lagi satu dia bilang, lepas abis iqraq ni, sebelum dapat naik ke iqraq seterusnya dia akan buat ujian huhuhu….ada yang tanya…kalau tak lulus takleh baca iqraq baru ke ustaz?..dia cakap…belum fikir lagi cemana hahaha dan juga…sampai je ke muka surat 20 yang ada petikan surah tu, dia takkan cakap apa-apa, suruh kita baca je samada kita gunakan tak segala hukum dan tajwid yang kita belajar hehehe, kalau kita tak datang hari ni, esoknya dia akan suruh kita baca, kalau tak, minggu depannya pulak sampai la semua orang akan mesti kena baca…tiada yang dapat terlepas muahahahaha….dan last sekali juga, bila-bila masa….ustaz akan tanya setiap sorang satu baris ayat dan apa hukum atau tajwid yang terdapat pada ayat tersebut huhuhu..mencabar tak? hahahaha…sendiri mau ingat beb….