DATANG Jumaat, aku bersiap untuk berbuka puasa dengan kawan-kawan yang kukenali bermula dialam cyber..nama-nama pun digunapakai kat alam maya ni seperti wink, cikanos, nhk, badrul, nart, sm, el-kapitan, bat, rose, izreen, leen, meesua, waiem, ijip, kak aidid dan sumbing (harap tak tertinggal nama)..majlis ini juga bersempena dengan sambutan hari lahir cikanos dan wink...semoga dorang panjang umur, tambahan lagi berita gembira yang dikhabarkan oleh cikanos juga bakal menjadi pelengkap hidupnya..tahniah :-)
majlis macam biasa, meriah dengan makanan dan jenaka, memang agak lama tak berjumpa dan bercerita sesama apatah lagi dibulan puasa, aktiviti perjumpaan agak kurang..mungkin pertemuan akan bersambung selepas raya? (ckin dan raudha :-) )
yang bestnya, kak aidid ngan waiem pun ada bukak bazaar ramadhan lagi dengan menjual barangan dari kefli dan mawi seperti praap cookies, t-shirt dan cap dan mawi lak dengan kad rayanya...aku memang berharap nak beli sampul raya mawi..tapi waiem kata tak sure akan ada atau mungkin lambat lagi..hmm frust, so nak sedapkan hati, beli la kad raya mawi yang memang cantik sekali..ni untuk disimpan la agaknya..aku juga beli t-shirt kefli..boleh dipakai untuk tidur hehehehe..mana la tau kefli menjelma dalam mimpi ke ekekekekeke...dalam jam 10.00 lebih kitorang pun beransur pulang selepas kekenyangan...borak disambung dalam kereta pulak bersama driver hehehehe...
Pagi sabtu tu, aku dah plan nak survey satu barang yang memang aku dah minat, so pagi tu (pagi ke kalau jam 11.00 hehehehe) aku menuju ke pertama kompleks, ada orang bagitau ada satu kedai yang aku boleh tengok barang yang aku nak survey tu...so bila sampai ke arah jalan tunku abdul rahman, jalanraya agak sesak, aku ambil keputusan parking saja di maju junction, then boleh jalan je ke sana...dah siap parked kereta, aku terus nak ke pertama, tapi kat ground floor maju junction tu aku nampak satu kedai yang juga jual barangan yang aku cari...lepas tu mata ternampak la model baru yang ada orang nak beli, tapi masa tu belum ada di malaysia lagi hehehehe..apa lagi, kaki aku laju je masuk kedai tu dan terus ke kaunter pameran yang mempamerkan segala jenis model terbaru...terus aku grab model tu..nak sentuh dan rasa (mana boleh rasa..aku puasa hahahahaha)....pas tu aku mula compare ngan model yang terdahulu dan juga jenama yang lain...
dalam aku ralit mencuba semua fungsi yang ada pada barangan tu...aku tengok suasana dalam kedai tu macam ada nak buat shooting, pas tu aku rasa cam orang makin ramai kat luar kedai, aku tanya salesman tu..apa hal..rupanya dia cakap, mawi akan mengadakan shooting iklan kat situ, dan dengan tak semena, mata aku terpandang mawi yang baru melangkah masuk ke dalam kedai bersama beberapa orang kuatnya la...wahhhh biar betul, tak sangka la pulak, then bila shooting nak start, orang ramai tak dibenarkan masuk ke dalam kedai, so semua orang bukan main ramai lagi kat luar dan yang bestnya aku dan beberapa orang je selain dari kru dan staff kedai tu yang kat dalam, aku rasa orang kat luar tu sure jeles semacam kat aku sebab cam aku bebas kesana kemari sambil dok tengok mawi shooting, sedangkan dorang nak ambil gambar pun kena snap dari jauh hehehehe...tapi aku ni bukan le peminat nombor satu mawi cam
orang ni , so aku buat cam biasa je la...takde pun nak bersalam ke..apatah lagi nak ambik gambar, siap salesman tu tanya aku, taknak bergambar dengan mawi ke?..heran agaknya dia..aku cakap takpe la..dia siap offer aku nak tolong snap lagi sebab aku memang tak bawak kamera pun masa tu, aku cakap tak yah la...then dia promise nak bagi aku gambar mawi, siap mintak contact number aku bagai hehehehe
since survey aku dah selesai..aku tanya la saleman tu cemana nak keluar dari situ sebab kat pintu depan dah kena block ngan peminat mawi..siap salesman tu temankan aku lagi keluar dari situ hehehe...dia tanya aku, taknak tunggu sampai mawi habis shooting ke...aku cakap aku ada banyak hal lagi nak buat..dan lepas ucap thanks kat dia, aku pun beredar ke pertama...masa tu jam dah 1.30 petang...wah cepatnya masa berlalu dan aku masih lagi baru mulakan pencarian....
baby emmir demam, batuk dan selsema....tidur sentiasa terjaga sebab tak selesa...maka aku pun cam dalam mode zombie...sedar ngan tak sedar sampai la hari ni hehehehe