Friday, February 27, 2009

NORMAL...

MINGGU antara yang ter sibuk dan menyibuk hehe…minggu ni jek kena setel dua tender proses, mana nak buat evaluation lagi, nak call for meeting lagi..hmmm biasa la kalau dah namanya kerja memang takde la menda yang sangat best kan, letih ada la..takmo citer pasal keje sebab aku rasa setiap dari kita yang ada keje ni macam tu la rutin, kadang busy kadang senang lenang sampai boleh baca magazine, chit chat takyah citer and update facebook lagi tu hehehe…

Few things dah ada dalam perancangan untuk hujung minggu ni, dan mesti aku buat sebab aku dah tangguh berapa lama dah..kalau this week tak buat jugak tak tau la cemana, lagipun hujung minggu depan memang tak akan dapat nak buat la, kalau fikir hujung minggu depan, rasa cam tak sabar pulak…pe citernya? Nanti la aku citer lepas abis hujung minggu depan, bley gitu? Hiks

Last Monday selepas dah beberapa lama tak jumpa bestfriend aku tu, baru la berkesempatan dapat minum sesama, yang bestnya dah la tengahari tu ada orang belanja makan kari kepala ikan…so tangan dah memang satu ari la semerbak jek bau kari kan…jumpa si has petang tu plak kitorang lepak pulak kat kedai mamak…aku rasa aku paling banyak makan hari tu sebab petang tu aku oder cheese nan ngan tandoori…wahhh sedapnya sampai aku tak sedar aku dah makan separuh nan tu bila si has sampai hahaha….then tambah oder lagi ngan capati….wehhh aritu je aku memang bau kari mamak je la jawabnya hahaha

Si has dah lama aku tak jumpa sebab dia ni asyik jek sekarang ni lepak belah kajang…ntah apa yang best kat situ aku pun tak tau, tapi takde la plak aku tanya dia kan..bagi aku kalau takat nak tengok wayang ke, yang kat umah ni pun ada jek belambak, tapi apsal kena pegi sampai kajang? Musykil, kadang-kadang tu dia ada gak suh aku join, kata dia bila sampai sana, kita call orang yang kat bangi tu? Dah lama tak jumpa….hmmm haruskah aku play along?..so far aku jawab kat dia “ko je la yang call dia and ajak dia keluar” hahaha….mungkin satu hari dia akan buat kut…ntah la

Selamat berhujung minggu semua, semoga gembira selalu

Tuesday, February 24, 2009

PILIHANNYA?...

BARU aku teringat, pada suatu malam di minggu yang lepas, ada orang sudah bagi aku ceramah motivasi hehe…dia sudah guna itu 10/90 rule, pe kekdahnya tu? Hmmm biasa la aku yang blur nih memang ler tak tahu kan…so dia cakap pada setiap kejadian tu kita harus apply itu rule 10/90 , aku ambik contoh (ni ikut contoh yang aku dengar malam tu la kan huhu) pepagi masa nak pegi ofis, sempat bersarapan ngan orang-orang yang tersayang, tetiba tu plak air tertumpah atas baju ofis kita tu, so apa kita buat? Samada kita nak naik angin, marah-marah, kita terus tukar baju sambil bebel lepas tu keluar rumah pun ngan muka masam, takmo tengok wajah-wajah kesayangan sebab rasa geram n panas tak abis lagi, dah naik kereta ke ofis tu jalan plak jem sepanjang-panjangnya…geram lagi kan, ada la bebelan yang tak abis lagi disambung plak, sampai ofis pun lambat sebab jalan sesak tadi so mood kita hari tu jadi cemana? Ceria? Gembira? Perasaan kita tak happy so appearance kita macamana pulak? Sure muka masam kelat, orang tengok pun takut nak tegur…dan yang paling penting, ada hati yang kita lukai kan? Orang-orang tersayang yang ditinggal begitu saja sebab tadi kita geram kan, tentu mereka lagi sedih tanpa sengaja mereka dah kena marah tak tentu pasal…

Rule 10/90 tu pada amnya memberitahu samada kita nak gunakan 10% kejadian yang negative (air tumpah tanpa sengaja) sehingga membawa kepada 90% ketidakpuasan yang tak tahu berakhir bagaimana, kesal, sedih, hati sakit, hati terluka, kesan yang tidak hanya pada kita tapi juga pada mereka yang disekitar…macamana nak jaga hati merekakan kalau kita guna rule macam tu….atau kita boleh guna rule 10/90 itu untuk reverse kejadian tadi…jangan jadikan 10% kejadian negative tadi membelengu 90% kesan ke atas kita dan mereka yang terlibat, kita ada tools, apa dia? Sabar…sabar dulu sebelum kita nak marah sebab air tumpah, seeloknya kita Cuma cakap takpe lain kali hati-hati, tukar baju..so masa tu kita boleh tenangkan hati dan relaks, sebelum pegi ofis, lihat dulu mereka yang tersayang, tunjukkan la yang kita tidak simpan perasaan marah atas ketidaksengajaan tadi, mereka sure ceria dan tak sabar nak salam dan cium tangan dan tuggu kita balik kerja petangnya, kita keluar rumah dengan ceria, sesak jalan tak jadi hal sebab kita dah dengar lagu best lam kereta, sampai ofis semua kawan tegur kita sebab kita dok nyengih je..so cemana kita twist kejadian awal tadi? Jadi 90% balance tadi dapat kita kawal malah kita ubah kepada suasana yang cukup tenang dan takde aura negative langsungkan?

Hmmm..bercakap dengan orang yang pakar dalam motivasi memang aku selalu kalah, ye la...aku akan cuba sedaya upaya untuk follow rule 10/90 tu...mungkin boleh selalu mengingati....boleh kan?

Friday, February 20, 2009

MULA YANG CERIA...

BARU arini aku rasa berbaloi dengar radio pepagi hahaha…apsal aku buat statemen camtu kan, ye la selalunya bila bukak jek radio (selalunya masa driving ke ofis la kan, kalau sorang-sorang tu mesti kita nak dengar radio, takkan nak cakap sorang-sorang plak kan {yang itu aku selalu buat hahaha}) so pagi tadi, masa on the way ke ofis, aku dengar fly fm…jap off topic jap sebab aku nak citer pasal siaran pagi in general hehe…sekarang ni kan aku dah boring nak dengar radio-radio yang dorang ngaku gelemer cam radio era ke, hot fm ke, kalau omputeh plak mix fm ke atau hitz fm, sebabnya banyak betul celoteh dorang tu cam syiok sendiri pun ada, pulak tu topic yang dorang borak pun lebih kurang sama jek dok ulang-ulang…bosan tau, dah-dah la cakap banyak, lepas tu ngan iklan pun banyak gak sama naik je, so bila masa kita dapat dengar lagu kan? Sebab tu la bila aritu nhk cakap dia tak suka orang cakap banyak kat radio, aku bagitau dia, aku lebih suka dengar cd jek dalam kereta, baru puas hati, jangan terkejut eh kalau cd dalam kereta aku memang banyak giler n yang bestnya banyak sekali cd dari seberang hehe

Ok back to our topic, apsal aku suka dengar radio pagi ni, aku bukak fly fm…dorang bertiga tu rupanya were playing their favourite characters in a movie…ini bersempena ngan academy award yang akan berlangsung Monday ni la, so sorang jadik marlon Brandon dalam citer godfather (imejin si nadia yang jadi watak tu hahaha) sorang jadi Elizabeth taylor yang nih aku tahan gelak sebab dj yang jadik tu lelaki tau so sore ala-ala lemah gelamai gitu hahaha n yang sorang lagi jadi ben kingsley yang pegang watak ghandi so tau tau jek la slang cemana kan…dorang nih memang kelakar abis pagi tadi, pandai pulak buat slang n suara si marlon Brandon tu slang cam mafia italy la kan sikit-sikit nak makan spageti n pizza katanya yang si ghandi plak ngan slang dia bila dengar-dengar cam ranjit dalam mind your own language pun ada hahaha…si liz taylor kemain seksi lagik sore dj lelaki tuh hahaha, memang terhibur aku dengar, pulak tu callers pun dorang suh take part gak so ada lah yang call jadi watak chipmunk, watak mr. bean, nyanyi lagu sounds of music n yang best tu ada yang jerit jek so dorang pun teka tu watak dalam filem scream hahaha….best betul…komen aku memang dorang punya keje pagi ni menjadi la untuk menghiburkan orang yang mendengar, bila kita dengar n gelak kita pun cam tak kesah kalau dorang pasang lagu sikit, macam tu la kalau nak keje jadi dj radio kan, mesti pandai buat pendengar terhibur dengan celoteh kita, bukannya ada satu stesen radio nih, dorang ingat dengan tukar orang n konon ambik orang yang popular (bagi aku terlebih exposed) dapat naikkan rating pendengar la konon, tapi sebenarnya sejak dua orang tu handle siaran pagi aku langsung tak dengara siaran tu dah, terlampau bosan n kadang-kadang tu salah sorang tu cam giler kuasa dia aja yang bak bercakap, so sorang nih cam langsung takde can, lawak yang dibuat pun kadang-kadang memalukan diri sendiri pun ada…ingat buleh buat orang gelak ke? Sorry la aku citer camni, tapi itu aku punya komen n tak semestinya semua orang akan berpandangan sama cam aku kan, mungkin orang lebih suka macam tu sebab tu la dorang pun naik perasan kan…ntah la

Tapi yang pentingnya, pagi ni memang aku gelak manjang sampai ofis, bila kita ceria pada permulaan hari, mood kita pun akan turut ceria kan, so harapnya akan berpanjangan sampai petang ni…lagipun esok kan dah ari minggu gitu, pe lagi memang patut kena ceria la kan…selamat berhujung minggu bersama mereka yang tersayang ye...

Wednesday, February 18, 2009

CERITA (ke ngumpat)...

PETIKAN dari satu perbualan masa lunch…

“Weh, staf ko tu baru dapat anak lagi eh?"
“apsal lak?"
“Dah berapa orang eh anak dia?"
“Termasuk yang baru nih nam ler"
“Huh..giler ramai, tak sangka ek...tengok rupa ngan senyappppp jek, tak sangka lak anak bederet"
“Setahu aku yang sulong baru darjah 2"
“Huh?????...biar betul ko, berderet-deret la cenggitu? Giler pe, nih nak bunuh bini ke hapa, sapa jaga anak dia?"
“Takde la kuar tetiap tawon, tapi proses tu cam tetiap tawon gak la huhuhu..yang ko tanya aku apsal, pegi la tanya si M tuh sendrik, ntah-ntah memang bini dia yang nak anak ramai....pe ko kesah plak hahaha"
“Ye la...sapa jaga?"
“Maid dia yang last aku tau dah belah so rasanya separuh antar nurseri kut...ntah aku tak tanya dah"
“Ish memang ler keje giler, aku yang anak 2 nih pun cam tak terlayan, lagi la bini dia nak layan sampai 6 anak mana nak layan si M lagi ek hahaha"
“Tau takpe, tapikan....aku rasa la kan lagi ramai anak tu, lagi cam senang plak nak jaga, cam dengar kata plak dorang nih kan, pandai buat hal memasing la hahaha"
“Eh betul gak tu...aku pun dengar citer camtu....”

Lepas tu, si akak sorang tu kan dah betul-betul tanya si M, cemana aku tahu? Tentu la dia yang bagitau aku huhu…

“aritu kan I dah tanya dah M”
“tanya apa"
“ye la, tanya la pasal baby baru dia, pastu i tanya u tak kesiankan wife u ke...dah dah la M, ko tau apa dia cakap kat aku?"
“dia cakap apa?”
“Yang itu kena tanya wife i la (sambil buat senyum sumbing)”
“Hahaha…kan aku dah cakap, wife dia tak kesah, ko jek yang lebih…biar la orang tu nak buat team bola ke hapa ke…”
“Ye la…tapi nasib baik ler aku bukan bini dia”

So moral of the story?...lu pikir la sendiri hehe

Thursday, February 12, 2009

AWESOME...

THEY DID IT AGAIN. Aku tak sangka la plak kan aku boleh terjerat macam ni, kalau masa first time dulu aku dapat free seat, so why not…came second time..eh pegi gak…saja la nak tengok ada kelainan ke tak…and then semalam, for the third time…aku masih lagi rasa ada magik dalam naskah ni…yesss….i love PGL that much sampai setiap kali kemunculannya, aku tak lupa untuk bertandang ke Istana Budaya huhu…

Ni aku nak citer sket pengalaman aku bersama-sama dengan PGL pada setiap kali kemunculan…my experience so cerita pun my way okeh hehe…of course la masa first time sangat teruja kan sebab belum pernah lagi ada pementasan sedemikian rupa hasil karya orang kita kan….so memang aku puji…dan tak silap aku dah citer pun dulu-dulu (malas plak nak tengok arkib muahaha), so bila geng ajak untuk kali yang ke tiga….di ulang ke tiga kali nih, aku rasa cam nak pegi lagi ke eh? Nak tengok lagi ke menda yang sama..untuk kali ke tiga ok bukan second time ke hapa…but since geng semua pun am ala-ala siap nak lari dari ofis kejap kan (aku suker buat keje-keje giler nih hehe) so aku pun cepat jek, siap jadik tukang beli teket lagikan (tak tahan la dengan rayuan sang perayu yang menyedihkan lagi menghibakan…tak sampai ati sebab ada orang tu baru ler first time gitu kan hahaha)

Sebelum semalam, memang aku tak baca pun any reviews, aku cuma ada dengar citer yang katanya ada kelainan pada pementasan kali ini…dan memang aku rasa berbaloi la semalam aku korbankan setengah hari cuti (aku kan memang cuti sket jek, berharga tau cuti aku hahaha) semata-mata untuk menonton kali ke tiga ini PGL…okes, ini review atau spoiler ke? Atau mungkin juga something yang aku boleh share dengan mereka-mereka yang tidak punya waktu untuk menonton atau saja-saja malas nak pegi atau dah ada peluang pegi tapi tak reti nak ambik peluang hmmm bebel jap hahaha…

Setelah kali ke tiga memang boleh di buat comparison, version 1 dan version 2 tak banyak beza, so aku akan cerita yang version 3 (lagi best kalau aku ada kesempatan pegi tengok yang kat Singapore…ishhhh menyesal plak tak pegi ituari) bagi aku memang totally different, in terms of props dan set, banyak yang kekal (ye ler gunung ledang tu kan sama jek so buat pe buat lagi yang lain kan hehe) tapi jalan cerita bagi aku memang lain, kalau dulu scene di majapahit sangat kurang, tapi kali ni, first half of the play, memang scene di tanah jawa je...watak lagi dikembangkan, diadakan scene demak yang hantar utusan untuk menawan majapahit, watak bayan pun memang menjadi kali ni, sapa tu yang pegang watak bayan ida apa ke namanya (Sorry memang tak tahu) menjadi la sangat especially untuk scene yang bila puteri nak berangkat ke melaka…penuh simbolik dan magis, kekuatan tarian dan nyanyian memang menjadi dan bila di hilangkan puteri….magiknya…prop kapal pun best (macam aku teruja tengok ketapi masa teater musical P.Ramlee…cantik sangat)

Selepas rehat 20 minit (ada ler yang sibuk nak pi toilet katanya, takleh duk dendiam hehe) semua adegan berlangsung di melaka dan gunung ledang, masa ni magik lagi menjadi-jadi terutama scene hang tuah dan rombongan pegi ke gunung ledang untuk mencari puteri dumilah..best tul scene tu, dengan tarian yang mantap, nyanyian dari hang tuah dan nenek kebayan betul-betul menambahkan magis dalam penceritaan kali ni, aku rasa dorang telah berjaya menghidupkan unsur mistik lagi misteri dalam scene ni, terasa cam real…dan scene puteri gunung ledang membacakan 7 syarat adalah sangat best…so far aku rasa this time really follow filem PGL (yang juga aku tonton bersama mereka-mereka….one of the best moment…ingat lagi huhu) even some of the dialog especially yang romantik la kan…pun ikut dialog filem gak..

Overall, sangat puas hati, aku tak reti nak gambarkan cemana, some of the scenes semalam betul-betul buat aku rasa meremang, penghayatan semua pelakon pun bagus, tarian sangat teratur dan kemas, penari-penari nih memang professional…tabik kat dorang..they’ve done good job,,tiara walaupun ada part nyanyi tu cam tersumbangsih sket tapi takpe la, dia pun bukannya penyanyi so aku tak kesah sebab penghayatan watak lagi penting, Stephen ada keras sket bila part bersilat tapi nyayian takyah cakap sebab memang best…adlin sebagai raja melaka ok dan menarik bila adlin pun menari hehe di ac yang melakonkan watak adipati pun ok, watak berkembang so banyak sket penglibatan, bayan best the rest of the crew semua best, props teratur…ok sangat la tu…

Yang tak berapa nak bestnya kat row depan kitorang nih bebudak sekolah (mungkin sekolah dorang dapat teket free gitu kan so satu kelas mai) takleh dom dendiam langsung…kejap ke kiri kejap ke kanan kejap ke depan..aku pun terpusing-pusing sama rasa cam nak cekik…nasib baik la budak-budak hehe…dan yang lagi haru satu scene di luar Istana Budaya nih…sampai aku tak tahu nak cakap apa hahaha…rose pun terkedu kan rose tapi lawak giler hahaha…5 bintang okes hahahha (aku gelak guling-guling nih ;D)

Monday, February 09, 2009

SANGAT MEMENATKAN...

EVENT baru lalu sangat penatkan aku, fizikal dan mental...secara fizikal kerana memerlukan aku ke sana dan ke mari memenuhi pelbagai permintaan dan sudah tentu untuk pastikan semua berjalan lancar...2 hari 1 malam aku berkejar sana sini tanpa aku rasa penat tapi rupanya kesan selepas lagi teruk....memang aku penat ya amat...

mental lagi rasa penat, bukan hanya aku perlukan urus segala, tapi aku juga harus ambil tahu apa yang berlaku..20 kepala yang berlainan intepretasi lagi sangat penat untuk kumpulkan menjadi satu idea, memang amat bertepatan peribahasa dulu kala, rambut sama hitam (walaupun tak sama sebenarnya) tapi hati lain-lain...selalu aku diuji dengan yang ini...susah sebenarnya apabila kita kumpulkan so called expert groups...mereka memang ego dan sentiasa nak tunjuk pandai...berlagak pun ada juga, siap nak ugut pun ada...memang semua berjalan secara santai, tapi macam la aku tak faham dengan lenggok bahasa yang diutarakan, body languange memang terserlah di sini, kalau aku bodoh kata tak faham, tak tahu la, tapi memang aku tahu cuma kadang-kadang aku memang perlu pura-pura buat bodoh, kalau permintaan yang keterlaluan, pe hal aku cari pasal nak penuhi permintaan?

bos aku datang pada malamnya, memang dia ada bagitahu nak jumpa dengan this group, tapi aku rasa perbincangan malam tu sangat hampeh...dorang ni seolah-olah mencipta kesusahan sendiri, segala yang dibincang hanya berkisar tentang mereka...apa yang mereka patut dapat, apa yang patut diberikan, mengapa harus mereka terima imbuhan...apa dah jadi ni? dorang nih tak ingat ke sapa yang initiate menda ni? sapa yang invite dorang ni? kalau aku tak buat semua tu, dorang ni akan ada ke kat situ? akan jadi ke semua ni? bila dah jadi camni nak berlagak pulak...mintak pulak macam-macam..amboiiii

bila aku citer rasa kecewa aku pada faci yang aku invite, dia pun macam tak setuju ngan dorang nih, kenapa dorang nih tetiba ada sikap yang macam tu, dia pun tak faham apa yang dorang ni nak sebenarnya..dah bagi betis nak peha plak.. (selingan: sebab tu la malam tu bila habis session at 11 something memang aku takleh nak duk diam, tido pun rasa tak ngantuk walaupun aku letih sangat especially otak aku rasa sangat stress..dah la tetiba pada awalnya dapat something yang aku rasa kecewa, nope bukan kecewa, sedih sangat...memang rasa nak nangis, nasib baik ada consolation walaupun hanya sementara..i really appreciate the moment..so dapat la redakan rasa serabut kat otak ni...thanks)

so untuk hujung minggu lepas, aku belajar lagi satu pelajaran kehidupan...tak semua yang kita harapkan berlaku mengikut ketetapan kita, walaupun kita dah agreed upfront, tak semestinya in the end akan smooth sailing dan ikut seperti yang kita rancang, aku tak tahu la lepas ni cemana nak jadi, bagi aku apa yang aku cuba buat adalah bukan untuk kepentingan aku mahupun tempat keje aku, semua yang aku buat atas arahan bos aku ni, adalah untuk beri faedah kepada generasi baru yang akan mendukung peranan dalam profesion ini, kalau dari sekarang tidak diberi peluang, macamana generasi baru ni kita dapat lentur menjadi seperti apa yag kita harapkan...ntah la, walau sebaik mana kita cuba laksanakan, mesti ada implikasi...aku tak sangka disebalik apa yang telah dipersetujui masih lagi ada personal interest atau hidden agenda dorang ni...aku tak tahu apa yang dah dorang bincang dan putuskan....aku hanya tunggu masa je sapa yang akan datang discuss ngan aku dan apa yang dorang nakkan sebenarnya. bagi aku senang je, kalau dorang ni demand macam-macam, aku bubarkan je misi ni, aku tak kesah pun kalau kena buat balik semula, cari orang lain yang lebih sanggup ketepikan personal interest untuk kepentingan anak bangsa....aku nak orang yang camtu, berjiwa patriotik tanpa ada perasaan tentang apa yang patut Ddorang dapat hasil sumbangan dorang ini...entah la...orang ni ada macam ragamnya, dan tak sangka memang takleh nak sekepala....now i really know...so aku sangat penat..

Tuesday, February 03, 2009

KALAU CAKAP, SILA LAH KOTAKAN...

MACAM tu la....kalau pandai buat janji, sila tepati janji...kalau cakap nak datang, tak kira la lambat asalkan datang, at least orang yang tunggu sebab dah janji tu takde la kecewa sebab orang yang beria berjanji tetiba tak muncul...pe citer?

Yang kat atas tu adalah contoh la...sebab banyak hal lagi yang buat kita kecewa....sifat manusia...kadang-kadang masa bercakap tu rasa macam agak mudah untuk buat atau tunaikan, tapi bila dah tiba masanya, tetiba macam berat pulak...macam ada banyak pula halangan, kalau halangan yang memang tak boleh elak takpe la jugak kan sebab ye lah, semua orang dikurniakan akal fikiran untuk menilai samada sesuatu alasan yang diberi tu munasabah tak untuk diterima atau alasan yang sangat jengkel lagi meloyakan otak untuk terima sebagai kebenaran dan alasan logikal, yang terbit dari hati adalah kenapa alasan dangkal jugak yang diberi, makanya bertitik tolak dari situ, timbul satu perasaan yang susah diberitahu rasanya....sebab takleh rasa pun..cuma boleh imejin rasa...rasa pahit ke? bukan...so rasa apa? benci? meluat? menyampah? rasa apa eh?...dan efek dari rasa ini akan ada satu tindakan refleksi...sepertinya tidak membalas sms, call, voicemail, pesanan di fb dan mana-mana je lah....ignore? tak peduli? buat bisu dan bodoh? kesemuanya sekali kut....hmmm tu lah, kesimpulannya?...ntah la....aku pun tak faham apa sebenarnya yang cuba aku nak bagitahu nih...sebabnya ini lah fikiran aku masa ni...bercelaru dan keliru...